Jumaat, Oktober 31, 2014

Smooth Minerals Blush (Cooper Glow) + Shine Attract Lipstic

Oktober 31, 2014 2 Comments

             
Sumber foto: google image



Sebenarnya Murni nak share dengan korang ni,  Murni dapat 1 Smooth Minerals Blush (Cooper Glow) + Shine Attract Lipstic pemberian daripada salah seorang staf di Pejabat Daerah, tempat Murni intern. Nama akak yang bagi ni, kami yang internship di PDLD ni akan panggil akak tu dengan panggilan kak Bedah. 

Kalau nak diikutkan cerita, sebenarnya dua minggu lepas Murni adalah order dengan kak Bedah Lipstik Avon, harga promosi RM4.90 kalau tak silap (hihi siap pilih colour merah lagi). Then, hari rabu yang lepas, waktu petang tu time Murni duk tengah sibuk key in lesen perniagaan, datanglah sorang member intern siap bawa 2 kotak kecil warna hitam. Terus je member hulur dekat Murni. Katanya kak Bedah bagi. Ok, time ni fikiran Murni masih bercelaru...hihi order lipstik je tapi dapat blusher sekali. 

Masih nak tahu betul ke tak yang kak Bedah ni bagi free macam tu je, Murni pun pergilah jumpa dengan kak Bedah siap bawa duit nak bayar Lipstik yang dah ada dalam tangan. Bila Murni nak hulur duit, kak Bedah tolak. Katanya "nda payah bayar, memang beli untuk kamu" means member Murni yang tadi pun dapat jugak. Kiranya ni hadiah untuk Murni yang akan habis tempoh internship di PDLD 31 Oktober 2014. TERIMA KASIH KAK BEDAH 

Sabtu, Oktober 25, 2014

Salam Maal Hijrah 1436H

Oktober 25, 2014 0 Comments



Hi, readers! entri ni Murni tujukan khas buat semua umat Islam. Hari ni merupakan hari yang sangat penting bagi umat Islam. Untuk pengetahuan anda, pada 622 Masihi, telah berlaku peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu penghijraan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Peristiwa bersejarah ni telah berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah/Takwim Islam.


Doa Akhir dan Awal Tahun




[Sumber Foto: KLIK]

Jumaat, Oktober 24, 2014

Makan Lewat Malam

Oktober 24, 2014 4 Comments
Foto sekadar penghias entri 



Hi, readers! Murni just nak take a few minutes untuk update entri pendek. Alhamdulillah Murni baru lepas makan nasi putih berlaukkan sayur bunga betik/kepayas plus masak ikan. Makan pun dah terlalu lewat sangat, ni semua disebabkan blackout start dari jam 7.00 p.m hinggalah jam 9:30p.m. Bila current dah on mengada pulak perut ni tak nak makanan. Bila perut Murni kosong tengah2 malam buta ni, automatik segala idea yang nak dicurahkan ke dalam report internship lari entah ke mana. Tak dapatla Murni nak kejar :3 Terpaksa juga kena makan a.k.a WAJIB tak boleh termiss pun. Tak kesahlah berat badan naik berapa kilo yang penting WAJIB makan hihi. Ok, Murni nak sambung buat report intern. Selamat malam untuk korang.

Khamis, Oktober 23, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Oktober 23, 2014 2 Comments


Hi, readers! Bila mana dah ramai kawan yang asyik post foto Jeruk Mangga Asam Boi di Facebook & IG. Bloggers pun ada juga buat entri pasal jeruk ni. Huh Murni yang hanya pandang foto di bawah ni pun sampai kecur air liur dah. Mengidamla pulak tengah2 malam ni. Bestnya kalau dapat makan jeruk ni sambil2 buat report internship tengah malam buta ni. 


Foto di bawah ni, kalau pandang memang tak adanya nak kecur liur. 
Bila pandang nak tegelak je rasanya. Mangga baru dipetik dari depan pintu rumah ni..haha


service delivery, please :3 haha

Ahad, Oktober 19, 2014

Penyakit Hati

Oktober 19, 2014 2 Comments
Hi, readers! selamat berhujung minggu bersama orang yang tersayang. Murni nak tanya dengan korang ni, pernah tak terasa dengan perubahan sikap seseorang yang dulunya boleh senyum, boleh bersembang, boleh tergelak sama-sama dan macam-macam lagilah yang BOLEH, then satu hari tu dia bermasam muka dengan korang; senyum pun nampak kelat, sembang pun dah tak macam sembang, nak gelak memang dah tak nampak gigi dah. Pernah tak korang rasa? Huh terkadang timbul jugak rasa nak tahu kenapa si dia berkelakuan begitu.

Persoalan ni nampaknya memang ada kena mengena dengan owner blog ni hihi. Tapi cerita tu dah basi, dah bertahun-tahun pun, tak payah nak kenang-kenang sangat boleh tak cik Murni (eh marah pulak hati ni). Bila dihina, diumpat belakang-belakang rasa macam nak menjerit sekuat hati je. Mengapa perlu menghukum tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Why??? Face to face kan lebih afdal. Tak kan korang nak bagi free je pahala yang korang kumpul sepanjang hari,

'Astaghfirullah' yang hanya terpacul dari mulut sambil menundukkan kepala bila melihat setiap bait-bait tulisan yang tertera pada skrin lappy. Sedih!. Time tu hanya mampu memujuk hati ni dengan berkata kepada diri sendiri biarlah Allah lebih mengetahui setiap apa yang berlaku. Tiada niat nak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Murni belajar untuk memaafkan orang yang telah menganiaya diri ini. Murni sentiasa pegang prinsip ni biar orang buat kita, jangan kita buat orang macam pelik je bunyinya kan, tapi itulah kenyataan korang pun mesti boleh faham kan? 

7 PENYAKIT HATI yang perlu dielakkan:
  • 1-Suka dipuji = SUM'AH.
  • Suka berbangga diri = TAKBUR
  • Suka pandang rendah kpd org lain = SOMBONG.
  • Suka puji seseorang di hadapan tetapi kutuk di belakang = MUNAFIQ.
  • Suka menunjuk-nunjuk = BERLAGAK.
  • Suka sakit hati terhadap nikmat org lain = BUSUK HATI / DENGKI.
  • Suka berfikiran negatif terhadap org lain = BURUK SANGKA.

(Ustaz Mohd Izhar Ariff)




sumber foto: google image



Firman Allah bermaksud :

“Wahai orang beriman jauhilah daripada banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujuraat : 12)

Sabar dengan ujian Allah :)



Pembungkusan Produk Unik & Kreatif

Oktober 19, 2014 0 Comments


Hi, readers! Murni nak share dengan korang pembungkusan produk yang sangat kreatif dan unik pada pandangan Murni. Untuk pengetahuan korang, produk merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam strategi pemasaran 4P (Product, Price, Place & Promotion). Pengeluar boleh menghasilkan produk yang berkualiti, namun untuk mendapatkan kelebihan daya saing dalam kalangan pesaing, pengeluar perlulah mempunyai inisiatif tambahan agar mampu berdiri setapak dihadapan pesaing-pesaing. 

Salah satu cara yang boleh digunakan oleh pengeluar adalah mengaplikasikan ciri-ciri kreatif dan unik pada sesuatu produk yang dihasilkan. Secara tak langsung dapat menarik perhatian pelanggan untuk membeli produk tersebut di samping, dapat memenuhi keperluan, kehendak, dan memberi kepuasan kepada pelanggan.

Kalau nak cerita bab 4P's ni memang takkan habis, kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah ambil kursus Marketing Management takpun yang berkaitan business. Banyak maklumat yang boleh diperolehi tambah pulak sekarang ni kan maklumat dihujung jari. Jom lihat foto-foto pembungkusan yang unik dan menarik di bawah ni.


1. NYC Spaghetti


Dicipta oleh: Alex Creamer

2. Creative Afro Japanese Pastry Packaging


Dicipta oleh: Tidak diketahui

3. Zen Perfume


Dicipta oleh: Igor Mitin

4. Juicy Juice Boxes

Dicipta oleh: Preston Grubss

5. Fruit Juice Packaging


Dicipta oleh: Naoto Fukasawa


Apa pendapat korang bila tengok pembungkusan produk ni?


Jumaat, Oktober 17, 2014

Sunnah Hari Jumaat

Oktober 17, 2014 0 Comments
Hi, readers! Salam Jumaat daripada Murni for those yang beragama Islam may Allah bless you. Murni nak share sunnah Hari Jumaat untuk kaum hawa di luar sana, jom tengok gambar di bawah ni. Mudah je sebenarnya nak ikut.

 Sumber gambar: google image


Ahad, Oktober 12, 2014

Mutiara yang Jatuh

Oktober 12, 2014 3 Comments




Dulu-dulu;

Masa kecil dulu,
Kalau menangis,
Nak nangis sekuat yang boleh,
Nak semua orang dengar,
nak semua orang beri perhatian.

Bila dah besar,
Kalau rasa nak menangis pun,
Kita mesti jauhkan diri daripada orang.
Menangis seorang diri.
Menangis yang tiada suara,
Tapi air mata banjir.

Tertekan,
Rasa macam nak jerit keluarkan semua.
Duduk dalam bilik,
Jerit sepuas hati,
Sampai anak tekak nak terkeluar.
Tiada siapa yang dengar.

Makin kita besar,
Makin banyak kita simpan sorang sorang,
Apa boleh kita buat,
Itu sahaja pilihan yang kita ada.


Andai suatu saat kau tersungkur dek kerana ujian dan cubaan yang Allah turunkan kepadamu, yakinlah bahawa Allah sentiasa mendengar setiap doa yang kau panjatkan kepadaNya. Menangislah, mengadulah kepada Allah andai terbeban dengan masalah yang ditanggung. Inshaallah pasti akan ada jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang dihadapi. Keep Calm, ok!

Isnin, Oktober 06, 2014

Makanan Tradisi: BURASAK

Oktober 06, 2014 1 Comments


Hi, readers! Entry kali ni Murni nak share dengan korang hidangan wajib yang ada bila menjelangnya hari raya, tak kesahlah time raya puasa ataupun raya haji. Untuk pengetahuan korang, salah satu hidangan wajib ataupun makanan tradisi bagi masyarakat bugis di Sabah sudah semestinya BURASAK/BURAS. Rasasnya tak lengkap hidangan di pagi raya kalau tak ada burasak ni. One of my feveret food bila di pagi raya. Sedap hingga menjilat jari...hihi. Mak Murni buat dua jenis buras, buras pulut (buras owa') dan lagi satu jenis buras yang menggunakan beras biasa. Kalau korang nak try buat buras boleh rujuk SINI


Inilah rupa burasak owa', diperbuat daripada beras pulut merah, boleh juga guna beras pulut yang warna putih.



Yang ni pulak burasak yang diperbuat daripada beras biasa. Sedap dimakan bersama-sama dengan ayam masak lengkuas atau orang bugis selalu sebut masakan ni ayam nasu likku'


Ayam masak lengkuas a.k.a ayam nasu likku'



Ahad, Oktober 05, 2014

EID MUBARAK

Oktober 05, 2014 2 Comments



Hi, readers! Pada kesempatan ni, Murni nak ucapkan salam Aidiladha, 10 Zulhijjah 1435H buat korang semua. Semoga kita dapat mengambil iktibar disebalik kisah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Ismail.