Latihan Industri di PDLD (Part 5)

September 25, 2014

Latihan Industri di PDLD (Part 5)

Hi, readers! Sudah agak lama sebenarnya Murni tak update berkaitan dengan internship. Last entry boleh baca di SINI. Sebenarnya Murni kurang sangat share hal yang berkaitan dengan kerja yang kena di buat time intern sebelum ni, kebanyakannya (eh, sikit jelahhh!) Murni just share Farewell Party last intern untuk member Murni yang dah tamat awal. 

Ok, malam ni Murni ada kesempatan nak update blog. Sejak beberapa hari ni asyik tidur awal, maybe disebabkan keletihan seharian bekerja. Motif Murni letak gambar di atas kalau korang nak tahu sebenarnya Murni dah pun di tempatkan di Unit Hasil PDLD since hari Isnin (22/9) lagi dan akan berkhidmat di sini sehinggalah tamat intern akhir bulan Ogos ini. 

Kalau boleh Murni pun nak gain new experience di Unit Hasil ni. Jika sebelum ni Murni ditempatkan di Unit Akaun, pengalaman yang tak boleh nak dilupakan bila mana dapat melihat sendiri proses pengauditan di Unit Akaun dijalankan. Huhu respect pulak rasanya dengan Juru Audit ni. Tahu yang itu, tahu yang ini. Bukanlah namanya Juru Audit kalau tak tahu bidangnya sendiri kannn...

Latihan Industri di PDLD (Part 5)

Baling ke belakang, starting kerja di Unit Hasil masa hari Isnin, awal-awal pagi kena key in data bagi permohonan lesen baru  guna MW, merekod lesen ke dalam Buku Daftar Lesen dan Buku Daftar Pembatalan Lesen, fotostet dan mengecop lesen, key in data lesen bagi tujuan GST dengan menggunakan Sistem Pengeluaran Lesen Perniagaan, tulis resit pembayaran am. Selain itu, Murni pun buat part time job, hihi maksud Murni kalau ada kerja yang diberikan dari Bahagian Pembangunan, Murni sedia membantu..haha ayat tak boleh belah langsung. Nak tahu kerja part time yang Murni buat rujuk gambar di bawah ni..hihi

Latihan Industri di PDLD (Part 5)

Confirm korang tak faham kan? Nampak kertas je yang tersusun rapi. Sebenarnya Murni dengan sorang lagi member tengah buat senarai semak dokumen projek-projek pembangunan bagi tujuan tuntutan pembayaran. 

Latihan Industri di PDLD (Part 5)

Lesen yang bertimbun-timbun, dengan numbering bahagian tepi yang boleh mengelirukan Murni, tapi nasib baiklah dekat muka depan lesen ni ada numbering, so senanglah bila nak susun semula sebelum waktu balik, biasanya akan disusun dalam pukul 4.00 p.m.


Latihan Industri di PDLD (Part 5)

Gambar di atas ni pulak, kalau korang nak tahu yang inilah rupa bentuk lesen perniagaan. Kebiasaanya pelanggan akan datang ambil lesen selepas waktu rehat iaitu pukul 2.00 p.m. Waktu pagi mula dari pukul 8.00a.m hingga 11.00 dikhususkan untuk penjualan borang permohonan lesen, pembaharuan, meminda butir-butir perniagaan, pengeluaran salinan ekstrak lesen, pengeluaran lesen pemberi pinjam wang, serta pendaftaran perjanjian dan surat kuasa.

Murni masih belum cukup ilmu didada nak layan pelanggan yang datang pada sebelah pagi..hihi masih banyak benda yang perlu dipelajari. Kalau sebelah petang, In shaa Allah Murni boleh handle lagi. Sebabnya kalau petang ni pelanggan just datang nak ambil lesen sahaja berbanding waktu pagi. Kerja yang dibuat pun kadang kala dilakukan selang-seli kalau tiada pelanggan, Murni akan sambung key in data lesen untuk tujuan GST.

Latihan Industri di PDLD (Part 5)

Ruang meja ini menjadi saksi Murni rajin key in data lesen untuk GST...Semangat buat kerja bila tengok kucing dijadikan background desktop. Sejuk hati memandang...haha

Sudah cukup cukup sudah, cukup sampai di sini saja blablabla...Murni nak sambung buat report harian pula...

Latihan Industri di PDLD (Part 5)

Ini merupakan buku log practicum bagi student BBA di UUM. Tiap-tiap hari waktu bekerja kena tulis report 'apa yang anda pelajari hari ini?' Malasnya nak menulis arggghhhh.


9 Aksi Kucing Comel

September 22, 2014

Hi, readers! Murni just nak share aksi kucing yang mencuit hati. Seronoknya bila Murni boleh bela seekor kucing. Nama sahaja peminat tegar kucing, sekarang ni tiada seekor pun yang dijaga sendiri. Dulu ada, tapi ada yang dah mati dan ada yang pergi membawa diri kut. Huhu teringin sangat nak ada seekor kucing peliharaan, anyone of you yang nak bagi kucing dekat Murni..hihi 

Murni ni pantang kalau jumpa kucing, kalau dah nampak mulalah Murni buat suara 'meow-meow' manja dengan harapan kucing tu datang dekat. Selalunya panggilan tu menjadi tau, maybe dia datang sebab dia tahu kut Murni ni suka kucing..hehe perasan lebih pulak.

Jom lihat 9 aksi kucing-kucing yang terlebih comel ni. Murni juga ada selitkan sedikit nasihat untuk pedoman kita semua. Dengan ini Murni persembahkan aksi kucing yang comel:


1 Reason kenapa Murni suka tengok aksi kucing di atas ni, Murni nampak ada kasih dan sayang di antara dua ekor kucing ni. Nampak macam nak bergaduh pun ada jugak, kalau bergaduh pun tak salah kan gaduh-gaduh manja katakan.



2 Nampak tak kesungguhan kucing ni nak jawab soalan, comel je aksi yang dibuat. hihi kan bagus kalau time dalam kelas  buat macam ni, kalau tak tahu bertanya. Nanti tak pasal-pasal ada yang tersesat jalan pulak, kan? eh, teringat pulak time belajar dulu..hihi



Tak baik tau main intip-intip macam ni. Keinginan kucing ni nak tahu apa yang berlaku disekelilingnya, membuatkan Murni macam nak gigit je dia. 


4 Murni kesian pulak tengok muka seposen yang ditunjukkan oleh kucing ni. hihi tengah merayu dengan tuan empunya untuk minta makanan kut. Please, jangan suka main-mainkan hati dan perasaan orang. Eh, ada kaitan ke?



5 Ini dah kes terlebih penat sampai tidur tak ingat dunia, tak sakit ke badan tido macam ni? Kita ni pun kalau dah rasa penat sangat memang tak ingatlah bila masa jam loceng atau alarm phone kita ni berbunyi. Kejadian ni selalu terjadi dekat Murni time study di U dulu, ohhh miss my Uni life.



6 Kucing ni buat muka sedih pulak, malas sangat nak masuk kerja kalau hari Isnin. Monolog kucing ni agak-agaknya apa erk? Kita perlu beringat, janganlah bermalas-malasan mencari rezeki, sungguh rezeki itu hanya akan datang kepada mereka yang sentiasa berusaha untuk mendapatkannya. Carilah rezeki yang halal, ok!



7 Jangan bersedih dan terus bersedih ya kucing, tak nampak dah seri dekat muka tu. Menjadi kebiasaan manusia bila ditimpa sesuatu musibah, mulalah hati tidak keruan and last-last sedih tu berpanjangan. cuba try pujuk hati tu supaya tak sedih ingat Allah kan ada, sentiasa bersabar dan terus bersabar dengan ujian Allah. Inshaallah pasti boleh. 


8 Bila mana Murni tengok aksi kucing ni main catur (ceh macam betullah pulak), Murni teringat pulak dengan zaman sekolah rendah & menengah. Huhhh rindu sebenarnya nak jadi wakil sekolah untuk pertandingan catur.



9 Kucing ni nampaknya nak jadi ulat buku. Tak apa rajin membaca, confirm ilmu di dada sentiasa bertambah. Nanti bila dah besar tak adalah orang nak tipu korang hidup-hidup. 

Mana-mana nasihat yang baik bolehlah dijadikan panduan, nasihat yang merepek tinggalkan sahaja. Yang mana satu agak-agaknya pilihan aksi kucing yang mencuit hati korang? 

Program Digital Marketing, UiTM Arau, Perlis.

September 20, 2014
Hi, readers! Happy SABTUday for u guys. Bila mana Murni tengok drama 'maaf jika aku tak sempurna' yang kini ditayangkan di TV3 lakonan Fahrin Ahmad a.k.a Luqman dan Sara Ali, teringat pula masa last semester hari tu Murni ada jumpa dengan Fahrin Ahmad ni. So, hari ni Murni nak kongsi cerita yang dah lapuk..hihi Boleh bah kan?

How do I meet him? hihi 'soalan macam kau pulak yang retis cik Murni oiii' Untuk pengetahuan korang, sebenarnya last semester di UUM, Murni ada joined program yang dianjurkan oleh Centre for Industriy-University Collaboration (CUIC) UUM. Program tu dianjurkan sempena Simposium Pengurusan Teknologi, Operasi dan Logistik (SIPTIK) 2014 bertempat di  UiTM Arau, Perlis bersamaan dengan 26 Mei 2014. Terdapat dua orang speaker jemputan (En. Faiz Alhabshi dan En. Fahrin Ahmad)  yang diundang untuk menjayakan Digital Marketing Workshop Series. 


Program Digital Marketing, UiTM Arau, Perlis.

Tak nak lepaskan peluang sebenarnya, nak jugak ambil gambar dengan retis.


Program Digital Marketing, UiTM Arau, Perlis.
 En. Faiz menerangkan tentang Digital Marketing kepada audiens 
(BRANDING, USP, & ON-LINE PRESENCE)
Slot 1 dan 2 En. Faiz take over.

Program Digital Marketing, UiTM Arau, Perlis.

Workshop group assignment..Alhamdulillah time ni kumpulan kami menang tempat pertama dan setiap seorang dapat Power Bank. Tapi malangnya Murni tak bolehpun nak guna PB tu sebabnya port USB fon Samsung Murni dah rosak. So, Murni just bagi PB tu dekat akak Murni.

Program Digital Marketing, UiTM Arau, Perlis.

Slot ke-3 dengan tajuk The Power of Real Time Social Media presented by Fahrin Ahmad. Slot ni dijalankan selepas waktu maghrib kalau Murni tak silap, dah lupa..hihi

Program Digital Marketing, UiTM Arau, Perlis.
 Ambil gambar family dulu, sebelum balik ke UUM.

Satu perkongsian ilmu yang menarik dari En. Faiz dan Fahrin. Serius tak tipu, tak tahu pulak Fahrin ni pun berkebolehan jadi presenter. Kagum kejap...Rindu pulak nak balik UUM ni.

Nota Kehidupan #6

September 15, 2014





Kamu mungkin akan melupakan orang yang tertawa denganmu, tetapi tidak mungkin melupakan orang yang pernah menangis denganmu. kerana semua orang mungkin pernah melihat kamu ketawa, tapi tidak semua orang pernah melihat kamu menangis.


Latihan Industri di PDLD |Selamat Hari Lahir (Part 4)

September 12, 2014

Latihan Industri di PDLD |Selamat Hari Lahir (Part 4)

Entry ini khas ditujukan untuk internmate Murni, Astidar binti Suardi a.k.a Astie sempena hari jadinya yang ke 23 tahun pada 11 September yang lepas. Baru berkesempatan nak mengupdate blog. Huhu tidak diingat ini wish yang keberapa sudah untuk si Astie. 

Terasa bahagia bila kau tahu
yang seseorang sukakan kau,
seseorang yang fikirkan fasal kau,
seseorang yang perlukan kau,
tetapi rasanya jauh lebih baik bila
ka tahu seseorang itu tidak lupakan 
hari jadimu 
"SELAMAT HARI LAHIR ASTIE"


Latihan Industri di PDLD |Selamat Hari Lahir (Part 4)


Latihan Industri di PDLD |Selamat Hari Lahir (Part 4)

Latihan Industri di PDLD |Selamat Hari Lahir (Part 4)

Latihan Industri (Part 3)

September 09, 2014
Hi, readers! Just a short entry I want to share. Murni nak buat pengakuan, sebenarnya sebelum masuk intern di PDLD kalau boleh tak nak ditempatkan di Unit Akaun. Masa lapor diri tu, bila dengar je Murni akan ditempatkan di Unit Akaun, mulalah hati tak keruan...haha Tak suka sebenarnya dengan nombor2 ni. Kepala ni rasa macam nak pitam bagai. Tapi itu dulu, sekarang ni tengah membiasakan diri dengan persekitaran lagi. Bila lagi nak kutip pengalaman baru, kan. 


Latihan Industri (Part 3)


Cerita semalam; salah satu kerja yang Murni buat, rekod baucar ke dalam Buku Penghantaran Baucar. Dari pagi sampai tengah hari baru siap. Buku ni penting untuk tujuan audit.

short entry je, hihi ok Murni nak sambung buat report intern pulak. Wait & see for upcoming update related with my intern, bye! ;)

Kalau free boleh jenguk

Ekspresikan Dirimu melalui Pakaian

September 06, 2014
Hi, readers! Murni datang lagi dengan entry terbaru, haha macam iklan TORA datang lagi. Untuk pengetahuan korang Murni gemar baca majalah Dara.com dan setiap kali ada sesuatu isu yang menarik diutarakan didalam majalah Dara, confirm Murni akan berkongsi dengan korang dengan sedikit olahan daripada gaya penulisan yang asal.  

Korang mesti pernah dengar statement 'pakaian dan cara pemakaian seseorang akan melambangkan keperibadian dirinya yang sebenar'. Ok, kalau pernah dengar Murni tabik spring dengan korang sebabnya peka dengan orang yang berada di sekeliling. Ada yang berpakaian bersih dan kemas, malah ada yang lebih selesa dengan berpakaian ringkas. 

Sumber: google image

Wajib baca lima kategori yang boleh dikenali daripada cara pemakaiannya. Jangan segan untuk komen beritahu dengan sejujurnya korang berada dalam kategori yang mana satu. Haiii yang mana satu idaman kalbu..lalala


1 Pakai ikut suka Jenis ni lebih gemar memakai pakaian ikut kepuasan dirinya tanpa hiraukan orang lain. Pakaian yang dikenakan tidak menepati cita rasa ramai orang, misalnya mengenakan warna lebih daripada tiga warna; bermula dari kepala hingga ke kaki, pakaian berkedut (tidak bergosok) dan memakai kasut yang tidak sesuai dengan pakaian.

      Individu ni boleh dikategorikan sebagai:
  • Mempunyai keperibadian yang kuat dan keyakinan yang tinggi
  • Bukan jenis yang pemalu
2 Berpakaian teliti dan rapi Cara berpakaian lengkap seperti memakai tudung dan busana yang sepadan, pemilihan kasut yang tepat, dan anggun bergaya.


      Individu ini boleh dikategorikan sebagai:
  • Memiliki keperibadian yang utuh
  • Berfikiran matang
  • Sangat berhati-hati membuat keputusan
  • Berpendirian teguh
3 Pakaian bermotif Gemar mengenakan pakaian yang bermotif, jaket lembut, blaus renda, gaun dan yang seumpanya merupakan ciri-ciri wanita yang romantis. Pilihan warna pula cenderung kepada warna lembut seperti merah jambu, biru langit, hijau lembut atau kebiru-biruan.

      Individu ini boleh dikategorikan sebagai:
  • Seorang yang feminin
  • Tampil dalam gaya yang sederhana, namun masih menonjolkan kecantikan.
4 Tambahan aksesori Gaya diva biasanya dinilai dengan cara berpakaian yang berona cerah selain banyak menggunakan aksesori yang mempesona. Walaupun mungkin tidak memiliki wajah yang menarik, namun mata yang memandang pasti akan tertarik kerana bijak mengekspresikan gaya.

      Individu ini boleh dikategorikan sebagai:
  • Ada daya tarikan
  • Seorang yang berkeyakinan
  • Bijak
5 Suai padan Memilih padanan yang ringkas dengan gaya sporty seperti denim atau gemar pakai t-shirt, serta kasut atau sandal, golongan ini kurang gemar dengan aksesori berat kerana kurang berdandan. Sebaliknya mereka lebih selesa dengan gaya sederhana asalkan mudah dan selesa.

      Individu ini boleh dikategorikan sebagai:
  • Memiliki karakter ramah
  • Sangat aktif
  • Periang


Ok, sampai sini sahaja perkongsian Murni. Selamat malam! ^__^

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

September 06, 2014

Resepi Sebuah Persahabatan yang Indah

September 02, 2014



Hi, readers! Murni nak kongsikan dengan korang sedikit tips macam mana sesebuah persahabatan boleh kekal lama. Mesti korang semua ada sahabat yang sangat akrab dan sentiasa ada di waktu korang berduka dan gembira. kan? Sekiranya ada, jangan pernah korang sia-siakan kasih sayang dan keikhlasan yang diberikan oleh sahabat anda. Baca tips di bawah ni, harap boleh membantu.

1 cawan budi bahasa 
1/2 cawan kesabaran 
1 cawan kemaafan 
1 cawan dorongan 
 2 sudu teh tidak mmentingkan diri 

Gaulkan dgn secubit pujian, tambah sedikit lawak jenaka, perasakan dengan kebaikan dan kasih sayang. Selamat mencuba! 



The Power of Sharing

September 01, 2014










Apabila kita berkongsi gelak ketawa, kita akan perolehi lebih banyak kegembiraan;
Apabila kita berkongsi kejayaan, kita melangkaui apa yang dilakukan;
Apabila kita berkongsi masalah, kesakitan yang ditanggung akan berkurangan;
Apabila kita berkongsi air mata, pelangi pasti datang selepas hujan;
Apabila kita berkongsi impian, ianya akan menjadi lebih nyata;
Apabila kita berkongsi rahsia, kita menujukkan apa yang tersirat di hati.

Jika kita berkongsi senyuman, maka ia menunjukkan cinta kita;
Jika kita berkongsi dakapan, maka cinta kita akan bersemi.
Jika kita berkongsi dengan seseorang yang dipecayai,
Orang itu menjadi keluarga atau kawan.

Dan apa yang membuatkan kita menjadi rapat bukanlah apa yang dimiliki, 
tetapi ianya adalah perkongsian.