Khamis, Jun 26, 2014

Rabu, Jun 25, 2014

Puncak Vista UUM

Jun 25, 2014 0 Comments
Assalamualaikum

Hi, readers! Murni just nak kembali ke masa lalu jap. Nak beritahu yang Murni dah pun menjejakkan kaki ke Puncak Vista, UUM. Bukan student UUM namanya kalau dia tak pernah jejakkan kaki ke Puncak Vista ni. hihi Murni ni pun baru je berkesempatan nak p, sebelum ni sibuk memanjang dengan dunia kampus sampaikan tak ada masa nak keluar beriadah petang-petang. Dah last sem Cik akak oiii baru hang ada masa nak p?...haha tak apa la Cik Kiah oiii at least aq p nanti tak adalah orang nak soal itu ini..."dah naik Puncak Vista belum? alah rugi tau kalau tak pegi & blahblahblah..." 

Apa yang menarik sangat kat Puncak Vista ni? sebenarnya Murni sendiri pun tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata..haha. Masa nak pegi bukan main excited lagi nak tengok keindahan alam katakan. Last-last masa sampai kat atas tu tak dapat pun nak nampak pemandangan keseluruhan UUM. Semuanya disebabkan oleh pokok-pokok yang dah tumbuh meninggi kat depan pagar. terhalang mata ni nak tengok sekitar UUM dari atas bukit. Hurmmm hancus berkecai angan-angan...haha It's ok yang penting dapat p dengan BFF. 




 


Menghabiskan malam-malam terakhir di bumi Sintok, sebelum pergi meninggalkannya untuk yang kesian kalinya...hehe tak sabar rasanya nak bali ke kampung halaman. Selamat tinggal SintokYo & welcome Sabah


Selasa, Jun 24, 2014

Menang Giveaway Cash RM350 by Emas Putih

Jun 24, 2014 0 Comments
Assalamualaikum

Hi, readers! Murni curi masa sikit tuk update blog. Esok dah last paper & malam ni kena struggle berabes buat latihan. Murni nak bagitau satu dunia ni..haha melampau nampak ayat tu! Sebenarnya sebelum ni Murni ada join GA cash 350 by Emas Putih and Alhamdulillah Murni merupakan salah sorang yang bertuah..hehe senyum sampai ke telinga. Semalam sis Uzu dah inbox gitau duit dah pun bank in...Thanks ye sis ^_^































Khamis, Jun 12, 2014

Jerawat

Jun 12, 2014 2 Comments
Assalamualaikum 

Hi, readers! entry kali ni Murni nak kongsi sikit faktor-faktor yang boleh menyebabkan jerawat boleh muncul kat muka korang yang comel tu. Tak pe erk guna perkataan comel, sebabnya kita tahu korang yang baca entry ni semua comel-comel belaka. Sebelum tu Murni nak bagi kredit to Rahsia Hawa sebabnya sudi kongsi bab2 pasal jerawat ni. 

Sebelum tu,  ambil cermin tak kesahlah cermin beso ke kecik ke yang penting boleh nampak muka, then tengok ada jerawat tak yang tumbuh kat muka korang yang comel tu. Ada tak? Ok kalau ada sila rujuk gambar kat bawah ni untuk mengetahui kedudukan lokasi jerawat anda. 


kedudukan jerawat, cara atasi jerawat, posisi jerawat



Ok dah puas belek-belek muka anda, then silalah baca info yang tertulis kat bawah ni siap ada jalan penyelesaian lagi.

[1 & 2] Sistem pencernaan - Kurangkan makan makanan segera, lemak dan kena banyak minum air suam

[3] Hati - Kurangkan makan makanan yang berminyak dan bahan tenusu

[4,5, & 7] Kurang minum air - Kena banyak minum air suam

[6] Jantung - Kena jaga tekanan darah, kurangkan makan makanan pedas dan daging dan kena perbanyakkan makanan yang kaya dengan Omega-3

[8] Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Kena banyak minum air masak dan kurangkan garam dan juga minuman berkafein

[9 & 10] Pernafasan -  Elakkan badan menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan kena banyak bersenam

[11 & 12] Hormon - Stres dan hormon punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebihkan minum air dan kena banyak makan sayur-sayuran.

[13] Usus - Lebihkan makan makanan yang berserat dan banyakan minum teh herba

[14] Penyakit - Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikiran positif.

Ok done menghupdate belog, nampak gayanya Murni pun ada masalah jerawat jugak almaklumlah tengah berdepan dengan minggu-minggu final exam. Jerawat pun tak ada pulak segan silu nak bertempek kat muka ni. hihi Apa yang penting KERJASAMA..eh! silap... apa yang penting kena minum banyak air suam di tambah pulak dengan cuaca  panas sejak belakangan ni yang melanda di kawasan SintokYo (Sintok, UUM). Confirm badan kita ni perlukan air yang banyak. Ok, Bye! 


Khamis, Jun 05, 2014

THESIS

Jun 05, 2014 4 Comments
Assalamualaikum

latihan ilmiah



Hi, readers! Alhamdulillah Murni bersyukur sangat ke hadirat Ilahi, thesis yang Murni buat hasil dari titik peluh sendiri akhirnya dah berpindah tangan kepada penyelia thesis dan juga School of Business Management, UUM lebih kurang jam 2:30 p.m bersamaan 5 Jun 2014..(senyum sampai ke telinga Murni dibuatnya). 

Untuk pengetahuan korang, kami diwajibkan untuk sediakan tiga copy untuk thesis ni plus yang original. Total semua ada empat buah buku. Kenapa kena buat sampai empat copy?...why? why? & why? persoalan inilah yang selalu dimonologkan dalam hati ni. Murni ingatkan just bagi buat satu copy je. Bila dapat tahu daripada member & dengar sendiri daripada mulut Penyelia thesis Murni...mak aiii macam nak tercabut jantung ni..ye lah mana taknya kos nak jilidkan thesis ni menelan belanja sampai seratus lebih..ini tak kira kos nak beli kertas yang beratnya 80gsm lagi. Nasib baiklah Murni ada printer sendiri, so secara tak langsung boleh jimat kos untuk print. 

Persoalan kenapa?
- 1 untuk simpanan diri sendiri, bukti hasil usaha kita sendiri (bolehlah tunjuk kat anak cucu nanti..hehe)
- 1 untuk simpanan penyelia Thesis (Dr. Abdul Manaf Bohari)
- 1 untuk simpanan School of Business Management, UUM
- 1 untuk diletakkan di Perpustakaan Sultanah Bahiyah (huhu nampak macam best je bila thesis kita dibuat sebagai rujukan oleh bakal-bakal penyelidik)


Apa-apa pun terima kasih Dr. Manaf sebab dah membimbing dan memberi nasihat sepanjang tempoh proses menyiapkan thesis ni. Komitmen beliau secara tidak langsung beri motivasi yang tinggi untuk siapkan thesis ni.Tak lupa untuk family terchenta, khasnya buat ibu saya, Munira Binti Tahang yang tidak jemu-jemu memberi dorongan kepada saya untuk sentiasa melangkah ke hadapa & segala doa, nasihat, pengorbanan dan jasa mak Murni tak akan lupa sampai bila-bila. Sayang mak ketat-ketat. Maaf mak sebab dah menyusahkan mak. Terima kasih kepada rakan-rakan yang  telah banyak memberi kerjasama yang baik dalam memberi maklum balas yang diperlukan ketika perlaksanaan kajian ini berlangsung. Kalau tak ada kerjasama dari korang semua, confirm thesis ni tak dapat nak disiapkan. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik dan budi kalian. 




Rabu, Jun 04, 2014

DINNER PRS 2014

Jun 04, 2014 0 Comments
Assalmualaikum


Hi, readers! Murni just nak share last moment dengan team PRS Pusat Kaunseling UUM. Throwback 28 Mei 2014 telah berlangsung dinner PRS yang bertempat di Sri Beringin Restaurant, EDC-UUM Hotel. Untuk maklumat lanjut mengenai hotel ni KLIK SINI


google pic.

Sebelum kami yg seniorita ni meninggalkan UUM terchenta, teringin juga berkumpul duduk semeja, bersua muka dgn junior-junior dan kaunselor-kaunselor Pusat Kaunseling. Eh senior ka?. Last semester ni Murni & the geng kurang mengaktifkan diri join program-program yang dianjurkan oleh Pusat Kaunseling..maaf tak boleh nak bagi komitmen sangat sebabnya semester ni Murni ambil tesis. Setiap hujung minggu confirm muka ni ada dekat libry je.

Rindu nak berprogram macam dulu-dulu, memang bohonglah kalau Murni cakap tak. kan? Banyak sangat pengalaman yang dikutip sepanjang melibatkan diri dengan PRS ni. Pahit dan manis tu dah menjadi lumrah dalam kehidupan, bilamana kita ni terlibat dalam sesebuah organisasi ataupun persatuan. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.

Ok let's move on to dinner punya cerita..okay! Kami sampai agak lewat sedikit ke EDC-UUM ni dan nasib baik Majlis tak mula lagi..hihi maaf atas kelewatan kami. Majlis dimulakan dengan doa dan ucapan sepatah dua kata (ayat time perhimpunan sekolah dulu-dulu) daripada pengarah Pusat Kaunseling, En. Saleh.

Tengok gambar je la erk, malas nak type panjang2




























































































"Hidup biarlah berbakti walaupun ada yang membenci, walaupun tidak disukai, walaupun tidak dihargai, namun sentiasa ikhlaskan hati, kerana kita yakin ALLAH sentiasa memberkati hidup ini bukan hanya untuk disini tetapi di dunia yang abadi".