Penipuan Si Anak

Penipuan Si Anak | Assalamualaikum & salam sejahtera. Ada perkara yang Murni nak kongsikan dengan korang. Bila baca tajuk macam big issue pulak, kan? Sebenarnya, ada sesuatu yang menarik perhatian Murni bila skodeng tumblr orang lain. Hihi pecah rahsia suka skodeng tumblr orang. Nak tahu apa, cuba korang hayati apa yang tersirat disebalik foto2 di bawah ni. 

 penipu, anak menipu, liarpenipu, anak menipu, liar

penipu, anak menipu, liarpenipu, anak menipu, liar

penipu, anak menipu, liarpenipu, anak menipu, liar

 penipu, anak menipu, liar

penipu, anak menipu, liarpenipu, anak menipu, liar


Bila mana Murni scroll tumblr dari atas ke bawah Murni perasan air mata dah mengalir kat pipi...huhu Murni sebak sebenarnya bila teringat time study kat UUM dulu. Murni sambung degree start 2011, berakhir 2014 & In Sha Allah akan konvo tahun depan dalam bulan 10 ataupun 11. Huhhh lamanya kena tunggu. Sepanjang tempoh pengajian tu dah banyak sangat dah Murni rasa susah bila terpaksa hidup berdikari. First time kut duduk jauh dari mak, terpisah oleh Laut China Selatan.

Nak save bajet punya pasal katakan, sanggup tau makan makanan yang tak berkhasiat. hihi Murni masih ingat lagi dulu Murni ni suka makan meggi perisa asam laksa, meggi perisa tom yam dengan mamee chef perisa tom yam. Makanan tak berkhasiat ni hanya akan dipandang bila dah nak dekat2 penghujung semester, hihi almaklumlah duit dalam purse semakin tipis & duit dalam bank pun laju je keluarnya. Kadang tu makan nasi berlauk then selang sehari makan meggi pulak.

Bila penghujung sem mak tanya ada duit lagi tak? Murni confirm bagitau ada lagi even pada hakikatnya duit dah habis, yang jadi mangsa abang & kakak. Maaf menyusahkan :D Sepanjang tempoh pengajian, Murni hanya pernah minta duit dengan mak sekali je, tu pun sebab Murni dah terdesak sangat time tu nak pakai duit untuk jilidkan empat buah thesis. Makan beratus ringgit jugaklah nak siapkan thesis.

Satu perkara yang Murni tak boleh nak lupa bila Murni call mak & mak tanya sihat ke tak? Jawapan kepada soalan mak Murni tu, kalau time Murni sakit..Murni selalu cakap 'sihat jugak' dengan nada suara yang meyakinkan, harap2 mak Murni tak  susah hati fikirkan anak dia kat tempat orang. Hihi maaf mak kita terpaksa menipu.

Pernah tak korang tipu parents sendiri dengan niat tak nak susahkan hati mereka? Apa pulak kisah korang Penipuan Si Anak? hihi kalau ada, jangan segan silu drop ur comments :)

8 ulasan:

  1. sebagai anak, kita memang taknk susahkan hati mak ayah. semoga Allah lindungi semua ibu bapa kita. Aminn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aaminn, semoga Allah sentiasa melindungi mereka

      Padam
  2. Waaaa...sedih rasa...teringat kat arwah mak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf IbuNoey murni x da niat nk bg sedih2...smoga arwah mak IbuNoey dtempatkan dlm klngn org yg beriman...

      Padam
  3. Kadang menipu bersebab....dlm hal ni tak nak mak ayah risau kan kita

    BalasPadam
  4. Sedihnya :( Tapikan kak, kalau kita sayangkan parents kita, even duduk sebumbung pun still banyak menipu utk kebaikan.. contohnya kalau satu hari mak masak lauk yg bukan kegemaran kita tapi masa tu kita rasa lapar sangat, takpun kalau sakit perut dan ciri*-biri* tapi mak kita masak makanan pedas, kita tetap akan makan sebab nak jaga hati mereka.. pengorbanan kita belum tentu setimpal dengan pengorbanan yang telah mereka lakukan sepanjang kita hidup *potong bawang* :')

    BalasPadam