Sabtu, Disember 20, 2014

Nasib Baik Bukan Interview Formal


Nasib Baik Bukan Interview Formal Assalamualaikum & salam sejahtera. Murni nak berstory telling dengan korang yang sudi baca entri ni,  hihi story telling di subuh hari mengenai bab2 interview. Nampaknya lagi sekali Murni tak dapat nak lelapkan mata, setelah terjaga dari mimpi yang lena dalam pukul 11:00 p.m. Penyakit susah nak tido malam, ni semua penangan time belaja kat U dulu, sampai terbawa-bawa ke hari ni. 

Actually semalam Murni adala pergi satu program kiranya macam karnival Kerjaya jugaklah, nama program tu Program Memperkasa Modal Insan yang berlangsung di Darvel Bay, Lahad Datu Sabah.  Program ni berlangsung selama dua hari yang bermula 19 hingga 20 Disember 2014. Pencerahan sikit mengenai program ni: Program ni adalah temu duga terbuka bagi pencari kerja di daerah Lahad Datu, Tawau, Semporna & Kunak. Anjuran bersama Kementerian Pembangunan Sumber & Kemajuan Teknologi Maklumat dengan Pejabat Daerah Lahad Datu.

Kalau diikutkan tentatif program ni start pukul 9 pagi, tapi Murni dengan member Murni, nama dia Astie datang lambat sikit sebabnya kami baru nak print resume & fotostat dokumen sokongan...haaa nampak tak kitorang ni tak bersedia sangat nak pergi interview. Actually Murni baru dapat tahu program ni waktu malam sehari sebelum program ni start. Ok, memandangkan Murni dah sebulan lebih ternak lemak kat pipi; kerjanya asyik bangun, mandi, makan, mandi, tidur, jadi penganggur terhormat jap...haha Pipi Murni ni dah bambam sikittt je, Murni ni jenis makan banyak tapi badan tetap maintain, yang naik just kat pipi ja that's whyla statement tu terkeluar ternak lemak kat pipi...haha

Ok back to the story, Murni just sempat prepare susun segala sijil2 yang diperolehi since form 4 until sijil IPTA...huhhh lama jugak nak susun, Murni siap search kat google cara yang betul nak susun sijil dalam fail. Almaklumlah ni merupakan kali pertama tau Murni pi nterview secara formal. Dulu pun Murni pernah kerja, tapi tak delah nak kena prepare segala sijil bagai. Malam tu perasaan Murni dah bercampur2 dah. haha takut punya pasal sampai tak tido malam tau. 

Pagi semalam, Murni dengan member settlekan print resume & fotostat dalam pukul 11:00 a.m. Then akak yang duk sebelah kitorang tu pun tengah print resume jugak. Sempat sembang kejap dengan akak tu, then akak tu pun beritahu company takdelah interview sangat, dorang just minta kita tuk isi application form je plus bagi resume, nanti dorang akan buat short list kalau dapat nanti company akan call. Ok time ni, Murni dah rasa lega sikit sebabnya takdelah kena interview formal sangat. 

Usai makan makanan yang tak berkhasiat, kami berdua pun pergilah ke Darvel Bay. Sampai2 tengok takdelah ramai sangat orang, maybe sebab kami ni lambat datang...hihi semalam Murni just mohon kat 2 company je. Nak mohon company lain tapi borang permohonan dah habis...haha padan muka hang, sapa suruh datang lambat. hihi tak apa pagi ni Inshaallah kami serbu lagi company yang lain.

waktu petang memang dah tak ramai orang



Sebelum balik, nak jugak amik gambar...hihi





20/12/2014, Sabtu

Time-time macam ni Murni masih duk sibuk nak siapkan application for employment form yang Murni ambil petang semalam dalam Program Karnival Kerjaya yang Murni pergi. Tak siap-siap lagi sebenarnya form ni, ada maslah sikit nak isi grade course yang Murni ambil masa kat U. Murni tak ada lagi transkrip yang hard copy punya sebabnya Murni akan grade tahun depan, yang ada sekarang ni pun just soft copy yang ada dalam portal pelajar. Portal pelajar UUM pulak tak boleh bukak, tu yang buatkan Murni stress sikit. Acaner nak completekan form ni, dahla Murni ni jenis yang tak boleh nak ingat sgt grade kursus yang Murni dapat. Tapi kalau yang dapat grade A/A+ confirm Murni akan ingat...haha nampak tak permainannya kat situ.


Position yang dorang sarankan Murni untuk amik Shipping Manager or  Operation executive. Hati ni tamak pulak kalau boleh nak dua2..haha memandangkan Murni ada background sikit berkaitan operation jadi mungkin inilah plihan terbaik. Hopefully diterima. Semoga dipermudahkan segala urusan pada pagi ini.. Aamiin.

Ok stoplah dulu ehh, story telling utk subuh ni..hihi sbelum tu anyone of you yang pernah hadiri temu duga, mohon tips yang boleh Murni praktikkan. Terima kasih daun keladi, bertemu lagi di lain entri.


5 ulasan:

  1. Murrni, masa maz nak interview dulu memanh nervous. Takut terketat nak jawab.
    Apa pun practice ckp dpn cermin n google soalan yang selalu ditanya. Pastu rasa konfiden. Senyum penting!

    Jom ikuti blod saya/
    healthyglowing13.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaallah lpas ni murni try practice ckp dpn cermin, huhu btw thanks maz sudi bkongsi tips dgn Murni :)

      Padam
  2. Salam Murni, tidak kiralah interview formal atau tidak formal perlu dibuat persediaan, mana tahu boleh dapat apa yang dipinta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, terima kasih abg kamil atas nasihatnya..inshaallah lpas ni murni akan buat persediaan awal tuk hadiri interview

      Padam
  3. sama la kita ye kak, masih menternak lemak kat perut, hahha

    BalasPadam