Lahad Datu ke UUM

Lahad Datu ke UUM | Assalamualikum & Salam sejahtaera. Hi, readers! Rindu dengan belog sendiri sebenarnya dengan penat yang masih belum hilang, Murni teruskan niat nak update blog. Blog terabai selama beberapa hari sebabnya Murni pergi berkelana sehingga ke hujung Semenanjung Malaysia start ahad yang lepas. Mak yang suarakan supaya Murni hantar Laporan Latihan Industri ke universiti. Murni ikutkan saja kehendak mak. Menyebrangi lautan China Selatan dengan berenang gaya bebas :3 eh! silap hehe naik flight je sebenarnya, saja nak propa. Memulakan perjalanan dari Lahad Datu ke Tawau dengan bertemankan mak, akak, abang ipar & anak2 buah. Terima kasih sebab sudi hantar. 

Flight depart dalam 6:50 p.m. Sebelum nak berlepas tu, migrain Murni tetiba pulak datang tak dijemput aishhhh time ni mood memang dah teruk sangat. Nasib baik sempat jugak berulang-alik ke toilet  muntahkan semua makanan yang dah ada dalam perut. Murni ni kalau migrain dah datang, selagi tak muntah selagi tulah sakit kepala ni berdenyut-denyut je dah macam nak meletup pulak rasanya. Dengan hati yang tak rela terpaksa jugak naik flight, sampaikan ada orang tegur mabuk ke naik flight ni. Huaaa tak tahu dah nak cakap apa time ni.  Dah Berapa kali Murni naik flight ulang-alik dari Sabah ke Semenanjung tak ada pulak masalahnya. Kali ni hurmmm...

Murni sampai ke KLIA2 dalam 9:35 p.m. Migrain pun dah kurang sikit  sebab dapat tidur kejap masa dalam perjalanan walaupun ada suara2 sumbang yang suka sangat nak bersembang dengan nada suara yang kuat. Murni geram sangat bila ada orang yang macam ni. Boleh kalau nak sembang tapi please rendahkan suara anda. hormatlah penumpang yang lain. Eh! marah pulak hati ni. Ok, sambung cerita pulak bila dah sampai ke KLIA2 Murni carilah port yang sesuai untuk tidur semalam. First time tau Murni tidur kat tempat awam. 

Lahad Datu ke UUM


Ok, Murni nak bagi gambaran Murni tidur kat atas tempat duduk ni betul-betul berhadapan dengan kedai Polo House kalau tak silap pandanga mata ni. Masa ni ramai je yang tidur kat sini sementara nak memulakan perjalanan keesokan harinya. 

Murni bangun dalam 5:30 a.m, bersiap-siap apa yang patut. Then abang Murni pun hantarlah Murni ke Pudu Sentral dengan menaiki bas dari KLIA2 ke KL Sentral naik LRT ke Pasar Seni ke Restoran untuk sarapan, kemudian ke Pudu Sentral berjalan kaki..haha banyak sangat ke. Terima kasih abang sebab sudi hantar adikmu ini..hihi Beli tiket nak ke Alor Setar just beli kat luar Pudu Sentral je tu pun beli dengan abang2 yang offer nak p Alor Setar. Ok, siap bayar RM45.00, dapat tiket terus naik bas. Tak fikir apa-apa dah time ni. Sepanjang perjalanan just tidur je yang mampu dibuat. 

Destinasi pertama dah sampai iaitu Butterworth sampai dalam jam 1:30 p.m. Ok, masa ni Murni fikir tak ada masalah. Murni ingatkan driver ni akan drive bas sampai ke Alor Setar. Rupa-rupanya tak...ishhhh hampeh betul dapat servis macam ni. Tertipu sangat. Penumpang yang lain pun terkena jugak, destinasi Sungai Nibong tapi driver tu cakap bas ni berhenti kat Butterworth sahaja. Sebelum Murni turun dari bas, driver tu sempat tanya tempat yang Murni nak pergi, Murni jawab je Alor Setar (dalam hati dah rasa panas ni) Driver tu hulur kat Murni RM10 katanya ambil bas dari sini ke Alor Setar. Ok, malas nak cakap lama2 dengan driver tu, Murni just ambil duit tu, then pergi membawa diri.

Nasib baiklah bas nak ke Alor Setar ada lagi dijual, kalau tak dah nanges dah. Murni gunakan duit yang driver bas tu berikan untuk beli tiket bas ke Alor Setar. Murni kena tambah 0.90 sen. Huaaa harga tiket dah naik dalam seringgit pulak, kesan kenaikan harga minyak ke ni? Ok tak pelah naik jelah kalau tak tak sampai ke Alor Setar nanti. Dah sampai ke Shahab bas nak ke UUM pulak tak de, kna tunggu jam 5:00 petang baru bas ada nak ke UUM.Murni sampai ke UUM jam 6:30 p.m. Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju.

Entri ni dah macam nak meluahkan rasa ketidakpuasan hati pulak. Maaflah tak ada foto yang Murni ambil sendiri untuk tatapan korang, Sebenarnya fon Samsung Murni dah low bat sangat. Tambah pulak Murni lupa nak bawa charger khas, almaklumlah port USB fon Samsung dah lama rosak so kena guna chargr khas. Ok, nanti Murni sambung cerita lain pulak.

1 ulasan: