Hari Terakhir Latihan Industri di PDLD

Hi, readers! Akhirnya, Murni dapat juga luangkan sikit masa untuk update blog, huhu almaklumlah sekarang ni Murni sibuk sangat nak menyiapkan Laporan Latihan Industri. Otak Murni sekarang tengah berserabut, mana taknya Murni kena fikir pasal laporan, pasal tiket flight yang tak beli2 lagi [ermmm entahlah jadi ke tak Murni nak hantar report ke UUM ni], nak kena fikir idea untuk cabaran terakhir iPhone 5s pun sangatlah mencabar.

Sebenarnya Murni nak bagitau hari Jumaat [31 October] yang lepas tamatlah sudah tempoh Latihan Industri selama empat bulan di Pejabat Daerah Lahad Datu, Sabah. Pejam celik pejam celik, ehhhh dah habis rupanya, dulu masa first time menjejakkan kaki ke PDLD bukan main lagi fikir lamanya lagi nak habis. Cerita suka duka suki sepanjang menjalani Latihan Industri di PDLD Murni ada abadikan di dalam blog kesayangan ni. Korang boleh rujuk entri dekat bawah ni
  
Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 


Hari Terakhir Latihan Industri di PDLD

Unit Akaun: Kak Minah | Kak Aina | Kak Mai

Hari Terakhir Latihan Industri di PDLD

Unit Hasil kami dengan Kak Jia [tengah]

Hari Terakhir Latihan Industri di PDLD

Staf di Bahagian PDLD Kak Ju | Kak Bedah | Kak Fu 


Last day semua perasaan memang bercampur aduk. Luaran memangla nampak gumbira, tapi dalam hati ni sebenarnya tengah menahan air mata...huhu BTW terima kasih kepada staf PDLD sebab sudi terima diri ini. Minta maaf kalau ada salah silap, diri ini hanyalah insan biasa yg tidak lepas dari buat kesilapan. Terima kasih juga atas tunjuk ajar, ilmu & nasihat yg diberi sepanjang tempoh berpraktikal di PDLD. Till we meet again 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan