Jumaat, November 07, 2014

Blogger Buat Duit Online



Assalamualaikum wbt & salam sejahtera Entri yang Murni nak ketengahkan kepada anda adalah berkaitan dengan Blogger Buat Duit OnlineSiapa sangka hanya dengan berblog sahaja, kita mampu untuk menjana pendapatan sampingan bahkan ada dalam kalangan blogger di luar sana yang menjadikan  berblog sebagai kerjaya utama untuk mencari rezeki, orang bilang full time blogger

Status full time blogger menuntut 1001 komitmen tuan empunya blog menyajikan entri terbaik untuk disajikan kepada pembaca setia blog dan juga pengunjung blog yang terdiri daripada latar belakang yang berbeza-beza. Status Murni pulak sekejap tenggelam timbul, almaklumlah internet pun sangat mempengaruhi kelancaran berblog ni. Tak bernyawa blogger, kalau tak ada internet. kan?

Umum mengetahui bahawa setiap blog mempunyai identiti masing-masing seperti personal blog, parenting blog, traveling blog dan yang seumpamanya. Ok, blog Murni ni lebih kepada personal blog. Blog yang mempunyai identiti, sudah semestinya mempunyai pengikutnya yang tersendiri bahkan pengikutnya sentiasa menyokong hasil penulisan si pemilik blog tersebut. Lihat saja blogger Fatin Liyana yang telah berjaya buat duit hanya dengan menulis. 

Kalau nak diikutkan pengalaman Murni sendiri buat duit online memang tak banyak pun, boleh dihitung dengan jari. Setakat ini, Murni jana pendapatan sampingan hanya dengan pasang iklan Nuffnang dan sertai contest sahaja. Niat dihati teringin juga nak buat advetorial, tapi ilmu di dada tak cukup lagi. Nak kena belajar lagi.

Pasang Iklan Nuffnang 
Masa mula-mula Murni terlibat dengan dunia blog ni, serius Murni nak beritahu yang Murni memang tak tahupun dengan berblog ni pun kita boleh jana pendapatan sampingan. Disebabkan perasan ingin tahu kian menjadi-jadi masa tu, Murni pun search melalui google. Cara senang yang Murni tahu ialah dengan pasang iklan Nuffnang di blog. Alhamdulillah setakat hari ni duit pun sentiasa masyukk. Terima kasih kepada pihak pengiklan, Nuffnang, dan juga pengunjung blog Murni yang sentiasa beri sokongan untuk Murni terus menulis.

Kalau anda nak lebih terinspirasi untuk buat duit melalui Nuffnang korang boleh baca kejayaan Redmummy yang telah membuktikan beliau telah berjaya jana pendapatan melalui akaun Nuffnang. Beliau pernah cashout sehingga mencecah RM12,608.20. Woww satu jumlah yang banyak, kalau kena pada caranya bolehlah dapat macam redmummy ni. 




Contest/Giveaway 
Masa Murni masih menuntut di UUM, Murni selalu juga sertai contest yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. Alhamdulillah rezeki sertai contest sentiasa ada, dari hadiah bookmark, key chain, baju, wide shawl sehinggalah hadiah berbentuk wang tunai Murni pernah dapat. Kalau korang rajin sertai contest yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger, Inshaallah dapatlah habuannya nanti kalau ada rezeki dan betul strategi yang digunapakai untuk menang sesuatu contest. Setakat ni Murni ada sertai Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih dan giveaway ni akan tamat pada 11/11/2014. Bagi anda yang belum sertai giveaway ni, jangan lepaskan peluang untuk menang wang tunai, ok! Contest yang terlebih gempak yang Murni join adalah Contest iPhone 5s yang dianjurkan oleh denaihati.com

Sebenarnya banyak lagi cara yang kita boleh gunakan untuk buat duit secara online. Murni rasa lebih baik merujuk kepada mereka yang lebih arif buat duit secara online. Senjata penting yang wajib ada bila nak buat duit secara online, sudah semestinya tak lain dan tak bukan komputer riba yang senang di bawa kemana-mana sahaja, internet dan ilmu. Selebihnya tu bergantung kepada usaha kita sendiri nak capai sesuatu matlamat. Kalau anda berminat nak tahu lebih lanjut macam mana buat duit secara online bolehlah kunjungi blog Denaihati dan blog Hasrul Hassan. Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan Murni di kedua-dua blog ni, memang banyak sangat tips dan ilmu berguna kalau kita nak jana pendapatan melalui blog. 

Alhamdulillah, dapat juga Murni siapkan entri ni. Untuk pengetahuan anda entri Blogger Buat Duit Online yang Murni kongsikan ini merupakan syarat untuk memenuhi tugasan akhir cabaran iPhone 5s. Cabaran terakhir ini sangat mencabar bagi Murni, memandangkan pengalaman sendiri untuk buat duit dengan berblog memang tak banyak. Sebelum ni memang tak ada draf langsung, pagi tadi baru tergerak hati nak buat, gagahkan diri untuk siapkan walaupun agak susah bagi Murni. 





Penaja utama 

Penaja Individu
  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip

6 ulasan:

  1. Ya. Saya ada senaraikan 10 cara untuk blogger buat duit online. Nak dengan tak nak je, tapi biasalah, dalam 10 tu mesti kena tepati syarat dia terlebih dahulu. Dan aspek paling penting nak buat duit online dengan blog ialah trafik. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu bro HH Murni setuju sangat, nampaknya Murni kna tingkatkan lagi trafik blog ni..
      terima kasih juga atas perkongsian ilmu yang bro HH dah kongsikan :)

      Padam
  2. billion terima kasih sudi meneruskan cabaran terakhir iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama tuan DH, walaupun cabaran kali ni agak susah, tapi Murni tetap sahut jugak tugasan terakhir contest ni bak kata orang alang-alang dah menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Apa-apa pun terima kasih tuan DH sebab dah berjaya anjurkan contest yang gempak mcm ni. Semoga sukses juga untuk team denaihati :)

      Padam
  3. fuhh..kena banyak belajar lagi nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Murni akui memang kena banyak belajar lagi :)

      Padam