Jumaat, Oktober 31, 2014

Smooth Minerals Blush (Cooper Glow) + Shine Attract Lipstic


             
Sumber foto: google image



Sebenarnya Murni nak share dengan korang ni,  Murni dapat 1 Smooth Minerals Blush (Cooper Glow) + Shine Attract Lipstic pemberian daripada salah seorang staf di Pejabat Daerah, tempat Murni intern. Nama akak yang bagi ni, kami yang internship di PDLD ni akan panggil akak tu dengan panggilan kak Bedah. 

Kalau nak diikutkan cerita, sebenarnya dua minggu lepas Murni adalah order dengan kak Bedah Lipstik Avon, harga promosi RM4.90 kalau tak silap (hihi siap pilih colour merah lagi). Then, hari rabu yang lepas, waktu petang tu time Murni duk tengah sibuk key in lesen perniagaan, datanglah sorang member intern siap bawa 2 kotak kecil warna hitam. Terus je member hulur dekat Murni. Katanya kak Bedah bagi. Ok, time ni fikiran Murni masih bercelaru...hihi order lipstik je tapi dapat blusher sekali. 

Masih nak tahu betul ke tak yang kak Bedah ni bagi free macam tu je, Murni pun pergilah jumpa dengan kak Bedah siap bawa duit nak bayar Lipstik yang dah ada dalam tangan. Bila Murni nak hulur duit, kak Bedah tolak. Katanya "nda payah bayar, memang beli untuk kamu" means member Murni yang tadi pun dapat jugak. Kiranya ni hadiah untuk Murni yang akan habis tempoh internship di PDLD 31 Oktober 2014. TERIMA KASIH KAK BEDAH 

2 ulasan:

  1. Nih kalau anak saya si Maira tengok ni .. sure nak suruh saya beli punya .. adehhh udah kenen asyik nak bersolek dah.

    Errr... mohon berikan sokongan kepada entri saya ... berikan LIKE dan G+.

    Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

    Terima kasih ye .. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. perempuan dgn mekap x bole nak dpisahkan..hihi
      done like & G+
      semoga berjaya bro HH!

      Padam