Mutiara yang Jatuh





Dulu-dulu;

Masa kecil dulu,
Kalau menangis,
Nak nangis sekuat yang boleh,
Nak semua orang dengar,
nak semua orang beri perhatian.

Bila dah besar,
Kalau rasa nak menangis pun,
Kita mesti jauhkan diri daripada orang.
Menangis seorang diri.
Menangis yang tiada suara,
Tapi air mata banjir.

Tertekan,
Rasa macam nak jerit keluarkan semua.
Duduk dalam bilik,
Jerit sepuas hati,
Sampai anak tekak nak terkeluar.
Tiada siapa yang dengar.

Makin kita besar,
Makin banyak kita simpan sorang sorang,
Apa boleh kita buat,
Itu sahaja pilihan yang kita ada.


Andai suatu saat kau tersungkur dek kerana ujian dan cubaan yang Allah turunkan kepadamu, yakinlah bahawa Allah sentiasa mendengar setiap doa yang kau panjatkan kepadaNya. Menangislah, mengadulah kepada Allah andai terbeban dengan masalah yang ditanggung. Inshaallah pasti akan ada jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang dihadapi. Keep Calm, ok!

3 ulasan: