Latihan Industri di PDLD (Part 5)


Latihan Industri di PDLD (Part 5)

Hi, readers! Sudah agak lama sebenarnya Murni tak update berkaitan dengan internship. Last entry boleh baca di SINI. Sebenarnya Murni kurang sangat share hal yang berkaitan dengan kerja yang kena di buat time intern sebelum ni, kebanyakannya (eh, sikit jelahhh!) Murni just share Farewell Party last intern untuk member Murni yang dah tamat awal. 

Ok, malam ni Murni ada kesempatan nak update blog. Sejak beberapa hari ni asyik tidur awal, maybe disebabkan keletihan seharian bekerja. Motif Murni letak gambar di atas kalau korang nak tahu sebenarnya Murni dah pun di tempatkan di Unit Hasil PDLD since hari Isnin (22/9) lagi dan akan berkhidmat di sini sehinggalah tamat intern akhir bulan Ogos ini. 

Kalau boleh Murni pun nak gain new experience di Unit Hasil ni. Jika sebelum ni Murni ditempatkan di Unit Akaun, pengalaman yang tak boleh nak dilupakan bila mana dapat melihat sendiri proses pengauditan di Unit Akaun dijalankan. Huhu respect pulak rasanya dengan Juru Audit ni. Tahu yang itu, tahu yang ini. Bukanlah namanya Juru Audit kalau tak tahu bidangnya sendiri kannn...

Latihan Industri di PDLD (Part 5)

Baling ke belakang, starting kerja di Unit Hasil masa hari Isnin, awal-awal pagi kena key in data bagi permohonan lesen baru  guna MW, merekod lesen ke dalam Buku Daftar Lesen dan Buku Daftar Pembatalan Lesen, fotostet dan mengecop lesen, key in data lesen bagi tujuan GST dengan menggunakan Sistem Pengeluaran Lesen Perniagaan, tulis resit pembayaran am. Selain itu, Murni pun buat part time job, hihi maksud Murni kalau ada kerja yang diberikan dari Bahagian Pembangunan, Murni sedia membantu..haha ayat tak boleh belah langsung. Nak tahu kerja part time yang Murni buat rujuk gambar di bawah ni..hihi

Latihan Industri di PDLD (Part 5)

Confirm korang tak faham kan? Nampak kertas je yang tersusun rapi. Sebenarnya Murni dengan sorang lagi member tengah buat senarai semak dokumen projek-projek pembangunan bagi tujuan tuntutan pembayaran. 

Latihan Industri di PDLD (Part 5)

Lesen yang bertimbun-timbun, dengan numbering bahagian tepi yang boleh mengelirukan Murni, tapi nasib baiklah dekat muka depan lesen ni ada numbering, so senanglah bila nak susun semula sebelum waktu balik, biasanya akan disusun dalam pukul 4.00 p.m.


Latihan Industri di PDLD (Part 5)

Gambar di atas ni pulak, kalau korang nak tahu yang inilah rupa bentuk lesen perniagaan. Kebiasaanya pelanggan akan datang ambil lesen selepas waktu rehat iaitu pukul 2.00 p.m. Waktu pagi mula dari pukul 8.00a.m hingga 11.00 dikhususkan untuk penjualan borang permohonan lesen, pembaharuan, meminda butir-butir perniagaan, pengeluaran salinan ekstrak lesen, pengeluaran lesen pemberi pinjam wang, serta pendaftaran perjanjian dan surat kuasa.

Murni masih belum cukup ilmu didada nak layan pelanggan yang datang pada sebelah pagi..hihi masih banyak benda yang perlu dipelajari. Kalau sebelah petang, In shaa Allah Murni boleh handle lagi. Sebabnya kalau petang ni pelanggan just datang nak ambil lesen sahaja berbanding waktu pagi. Kerja yang dibuat pun kadang kala dilakukan selang-seli kalau tiada pelanggan, Murni akan sambung key in data lesen untuk tujuan GST.

Latihan Industri di PDLD (Part 5)

Ruang meja ini menjadi saksi Murni rajin key in data lesen untuk GST...Semangat buat kerja bila tengok kucing dijadikan background desktop. Sejuk hati memandang...haha

Sudah cukup cukup sudah, cukup sampai di sini saja blablabla...Murni nak sambung buat report harian pula...

Latihan Industri di PDLD (Part 5)

Ini merupakan buku log practicum bagi student BBA di UUM. Tiap-tiap hari waktu bekerja kena tulis report 'apa yang anda pelajari hari ini?' Malasnya nak menulis arggghhhh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan