Sabtu, September 06, 2014

Ekspresikan Dirimu melalui Pakaian

Hi, readers! Murni datang lagi dengan entry terbaru, haha macam iklan TORA datang lagi. Untuk pengetahuan korang Murni gemar baca majalah Dara.com dan setiap kali ada sesuatu isu yang menarik diutarakan didalam majalah Dara, confirm Murni akan berkongsi dengan korang dengan sedikit olahan daripada gaya penulisan yang asal.  

Korang mesti pernah dengar statement 'pakaian dan cara pemakaian seseorang akan melambangkan keperibadian dirinya yang sebenar'. Ok, kalau pernah dengar Murni tabik spring dengan korang sebabnya peka dengan orang yang berada di sekeliling. Ada yang berpakaian bersih dan kemas, malah ada yang lebih selesa dengan berpakaian ringkas. 

Sumber: google image

Wajib baca lima kategori yang boleh dikenali daripada cara pemakaiannya. Jangan segan untuk komen beritahu dengan sejujurnya korang berada dalam kategori yang mana satu. Haiii yang mana satu idaman kalbu..lalala


1 Pakai ikut suka Jenis ni lebih gemar memakai pakaian ikut kepuasan dirinya tanpa hiraukan orang lain. Pakaian yang dikenakan tidak menepati cita rasa ramai orang, misalnya mengenakan warna lebih daripada tiga warna; bermula dari kepala hingga ke kaki, pakaian berkedut (tidak bergosok) dan memakai kasut yang tidak sesuai dengan pakaian.

      Individu ni boleh dikategorikan sebagai:
  • Mempunyai keperibadian yang kuat dan keyakinan yang tinggi
  • Bukan jenis yang pemalu
2 Berpakaian teliti dan rapi Cara berpakaian lengkap seperti memakai tudung dan busana yang sepadan, pemilihan kasut yang tepat, dan anggun bergaya.


      Individu ini boleh dikategorikan sebagai:
  • Memiliki keperibadian yang utuh
  • Berfikiran matang
  • Sangat berhati-hati membuat keputusan
  • Berpendirian teguh
3 Pakaian bermotif Gemar mengenakan pakaian yang bermotif, jaket lembut, blaus renda, gaun dan yang seumpanya merupakan ciri-ciri wanita yang romantis. Pilihan warna pula cenderung kepada warna lembut seperti merah jambu, biru langit, hijau lembut atau kebiru-biruan.

      Individu ini boleh dikategorikan sebagai:
  • Seorang yang feminin
  • Tampil dalam gaya yang sederhana, namun masih menonjolkan kecantikan.
4 Tambahan aksesori Gaya diva biasanya dinilai dengan cara berpakaian yang berona cerah selain banyak menggunakan aksesori yang mempesona. Walaupun mungkin tidak memiliki wajah yang menarik, namun mata yang memandang pasti akan tertarik kerana bijak mengekspresikan gaya.

      Individu ini boleh dikategorikan sebagai:
  • Ada daya tarikan
  • Seorang yang berkeyakinan
  • Bijak
5 Suai padan Memilih padanan yang ringkas dengan gaya sporty seperti denim atau gemar pakai t-shirt, serta kasut atau sandal, golongan ini kurang gemar dengan aksesori berat kerana kurang berdandan. Sebaliknya mereka lebih selesa dengan gaya sederhana asalkan mudah dan selesa.

      Individu ini boleh dikategorikan sebagai:
  • Memiliki karakter ramah
  • Sangat aktif
  • Periang


Ok, sampai sini sahaja perkongsian Murni. Selamat malam! ^__^

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. hehe confirm ada yg sma punya..perempuan ni masing2 ada gaya yg tsendiri cara pemakaiannya

      Padam
  2. hi singgah sini :)
    http://thobibi.blogspot.com/2014/09/kenapa-saya-berhenti-melukis-potret.html

    BalasPadam
  3. thanks for sharing. sangat berguna entry yang ni. boleh buat rujukan.. hehehe

    BalasPadam
  4. done follow Murni.. sharing yang amat berguna..betul..dari segi pemakaian kita boleh tau orang tu macam mana.. tapi tak semua kan... takut juga judge orang tapi sebenarnya lain... apapun nice to sharing dik...

    BalasPadam