9 Aksi Kucing Comel


Hi, readers! Murni just nak share aksi kucing yang mencuit hati. Seronoknya bila Murni boleh bela seekor kucing. Nama sahaja peminat tegar kucing, sekarang ni tiada seekor pun yang dijaga sendiri. Dulu ada, tapi ada yang dah mati dan ada yang pergi membawa diri kut. Huhu teringin sangat nak ada seekor kucing peliharaan, anyone of you yang nak bagi kucing dekat Murni..hihi 

Murni ni pantang kalau jumpa kucing, kalau dah nampak mulalah Murni buat suara 'meow-meow' manja dengan harapan kucing tu datang dekat. Selalunya panggilan tu menjadi tau, maybe dia datang sebab dia tahu kut Murni ni suka kucing..hehe perasan lebih pulak.

Jom lihat 9 aksi kucing-kucing yang terlebih comel ni. Murni juga ada selitkan sedikit nasihat untuk pedoman kita semua. Dengan ini Murni persembahkan aksi kucing yang comel:


1 Reason kenapa Murni suka tengok aksi kucing di atas ni, Murni nampak ada kasih dan sayang di antara dua ekor kucing ni. Nampak macam nak bergaduh pun ada jugak, kalau bergaduh pun tak salah kan gaduh-gaduh manja katakan.



2 Nampak tak kesungguhan kucing ni nak jawab soalan, comel je aksi yang dibuat. hihi kan bagus kalau time dalam kelas  buat macam ni, kalau tak tahu bertanya. Nanti tak pasal-pasal ada yang tersesat jalan pulak, kan? eh, teringat pulak time belajar dulu..hihi



Tak baik tau main intip-intip macam ni. Keinginan kucing ni nak tahu apa yang berlaku disekelilingnya, membuatkan Murni macam nak gigit je dia. 


4 Murni kesian pulak tengok muka seposen yang ditunjukkan oleh kucing ni. hihi tengah merayu dengan tuan empunya untuk minta makanan kut. Please, jangan suka main-mainkan hati dan perasaan orang. Eh, ada kaitan ke?



5 Ini dah kes terlebih penat sampai tidur tak ingat dunia, tak sakit ke badan tido macam ni? Kita ni pun kalau dah rasa penat sangat memang tak ingatlah bila masa jam loceng atau alarm phone kita ni berbunyi. Kejadian ni selalu terjadi dekat Murni time study di U dulu, ohhh miss my Uni life.



6 Kucing ni buat muka sedih pulak, malas sangat nak masuk kerja kalau hari Isnin. Monolog kucing ni agak-agaknya apa erk? Kita perlu beringat, janganlah bermalas-malasan mencari rezeki, sungguh rezeki itu hanya akan datang kepada mereka yang sentiasa berusaha untuk mendapatkannya. Carilah rezeki yang halal, ok!



7 Jangan bersedih dan terus bersedih ya kucing, tak nampak dah seri dekat muka tu. Menjadi kebiasaan manusia bila ditimpa sesuatu musibah, mulalah hati tidak keruan and last-last sedih tu berpanjangan. cuba try pujuk hati tu supaya tak sedih ingat Allah kan ada, sentiasa bersabar dan terus bersabar dengan ujian Allah. Inshaallah pasti boleh. 


8 Bila mana Murni tengok aksi kucing ni main catur (ceh macam betullah pulak), Murni teringat pulak dengan zaman sekolah rendah & menengah. Huhhh rindu sebenarnya nak jadi wakil sekolah untuk pertandingan catur.



9 Kucing ni nampaknya nak jadi ulat buku. Tak apa rajin membaca, confirm ilmu di dada sentiasa bertambah. Nanti bila dah besar tak adalah orang nak tipu korang hidup-hidup. 

Mana-mana nasihat yang baik bolehlah dijadikan panduan, nasihat yang merepek tinggalkan sahaja. Yang mana satu agak-agaknya pilihan aksi kucing yang mencuit hati korang? 

4 ulasan: