Jumaat, Ogos 01, 2014

Tips Pemakaian Tudung Untuk Muslimah

Assalamualaikum



1. Jangan memakai tudung yang agak jarang dan nipis yang boleh menampakkan susuk leher dan dada.
2. Jika kain tudung jarang, pakailah baju lengan panjang (turtle neck) yang menutupi leher.
3. Pakaian yang menampakkan apa yang sepatutnya disembunyikan mencuri pandangan lelaki dan seterusnya menimbulkan nafsu mereka. Oleh itu, janganlah jadi punca kepada kelemahan iman kaum lelaki.
4. Pastikan anda memakai anak tudung untuk mengelakkan anak rambut kelihatan. Ia juga memberikan gaya yang lebih kemas, rapi dan memudahkan pemakaian tudung.
5. Jangan bergaya dengan tudung yang bercorak melampau dan tidak sesuai untuk sesetengah majlis. Pilih tudung yang sesuai untuk ke majlis yang berbeza. Begitu juga dengan gaya tudung. Boleh bergaya dengan ikatan yang menarik tetapi mestilah tetap menutup rambut, sanggul, leher dan dada. Bertudung bukan untuk kelihatan cantik dan elegan, tetapi untuk memenuhi tuntutan agama iaitu tutup aurat. Itu yang utama.
6. Tudung dan kerongsang memang sudah tidak boleh dipisahkan kecuali kalau anda memakai tudung yang sudah siap dijahit. Bagi yang berkerongsang, pilih kerongsang yang sesuai. Kerongsang yang sesuai adalah keronsang kecil. Tidak bermakna warna kerongsang mesti sama dengan warna tudung. Tidak sesuai tudung merah dengan kerongsang merah dan tidak sesuai tudung hitam dengan kerongsang hitam.
7. Bagi wanita yang berbadan besar, tidak digalakkan memakai kerongsang besar. Sesuai dengan kerongsang kecil tapi kalau nak juga pakai yang bersaiz besar, pilih kerongsang yang bentuk memanjang.
8. Kalau baju kosong, sesuai pakai tudung bercorak. Kalau baju bercorak atau berbunga, sesuai pakai tudung kosong.
9. Warna tudung yang terang adalah tidak sesuai walaupun ia boleh menarik perhatian. Tapi bukankah kita wanita Islam tidak boleh menarik perhatian terutamanya perhatian lelaki. Pilihlah warna pastel atau warna lembut.
10. Baju dan tudung tidak boleh sedondon. Pakailah yang kontras.

Sumber: Rahsia Hawa

1 ulasan:

  1. betul. tudung ni nampak remeh sangat tapi kalau x ikut cara yang Islam dah tetapkan, berdosa kita.

    BalasPadam