Khamis, Ogos 14, 2014

Tip Membeli Alat Kecantikan

Assalamualaikum

Hi, readers! Murni nak share dengan korang semua 5 tip ringkas bila nak beli alat kecantikan. Senang & mudah untuk diingat, ok! Murni share berdasarkan bahan bacaan majalah Dara.com yang dibaca.



Tip 1: Tarikh Luput
Penting! Sebelum beli apa-apa produk, tengok dulu tarikh luput dan tarikh produk dikilangkan untuk pastikan sama ada produk tu dah luput atau belum. Hati-hati semasa membuat pembelian ya!

Tip 2: Original tak?
Wajib membeli yang original. Kalau tersilap beli yang palsu, takut pula nanti akan memudaratkan kesihatan diri sendiri.

Tip 3: Buat Kajian
Buatlah pilihan yang terbaik sebelum membuat sebarang pembelian. Apa kata korang buat sedikit kajian tentang keberkesanan produk. Mungkin korang boleh tanya kawan-kawan yang dah pernah guna produk ataupun dapatkan maklumat di Internet. Maklumat di hjung jari, ok! 

Tip 4: Harga
Buat tinjauan harga untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Almaklumlah ada kedai yang menawarkan harga yang berbeza-beza, padahal produk sama sahaja. Kena bijak buat perbandingan harga, supaya tak mudah kena tipu. 

Tip 5: Kualiti
Kualiti pun perlu diutamakan, ya! Produk tak semestinya mahal sahaja yang berkualiti, apa-apa pun kena bijak memililih. Kita perlu bijak memastikan bahawa pilihan yang dibuat adalah berbaloi.

p/s: Kepekaan dan keprihatinan anda dalam memilih barang adalah penting. 

2 ulasan: