Sabtu, Ogos 09, 2014

Pesan Ramadhan

Assalamualaikum

Hi, readers! Murni nak share dengan korang antara pesanan yang perlu kita laksanakan sebagai hamba Allah. Pesanan ni Murni baca time godek-godek FB. Sharing is caring, ok! Seandainya Ramadhan boleh berpesan pada kita, mungkin inilah yang akan disampaikannya.

Pesan pertama: Setelah aku pergi jangan kau lupakan aku (puasa) kerana aku datang kembali menghampirimu selama 6 hari di bulan Syawal itu tiada lain agar aku dan kamu sentiasa dekat. Aku akan lebih dekat lagi ketika kau melaksanakan puasa Isnin dan Khamis, atau puasa ayyamul baidh (tanggal 13,14, dan 15 setiap bulan qamariyah), puasa Arafah, puasa Asyura, bahkan Rasulullah SAW menganjurkan untuk melaksanakan puasa Daud (sehari berpuasa sehari berbuka). Itu semua tiada lain agar kau selalu mengingatiku, sehingga aku pasti menunggumu di pintu ar Rayyan.



Pesan kedua: Setelah aku pergi, jangan kau biarkan kitab suci al-Quran bersampulkan debu, buatlah jadual agar kamu boleh tetap membacanya seperti sediakala ketika aku ada bersamamu. Ketahuilah bahawa al-Quran merupakan salah satu qizi hatimu dan al-Quran merupakan salah satu yang akan memberi syafaat kepadamu kelal. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW "Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafa'at kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, 'Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa'at untuknya.' Sedangkan al-Quran akan berkata, 'Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dari tidur di malam hari, maka perkenankanlah aku memberikan syafa'at untuknya,' Maka Allah SWT memperkenankan keduanya memberikan syafa'at.' (HR Imam Ahmad dan Ath-Thabrani).



Pesan ketiga: Setelah aku pergi, jangan kau tinggalkan solat malam walaupun kamu sanggup hanya melakukan beberapa rakaat sahaja, sungguh solat malam mampu mendekatkanmu dengan Rajaku.



Pesan keempat: Setelah aku pergi jangan kau tinggalkan kebaikan-kebaikan yang sudah kamu lakukan di saat aku ada di sisimu. Ketahuilah bahawasanya Rajaku sentiasa mencintai satu amalan kebaikan yang dilakukan tanpa henti walaupun itu sedikit. Sebagaimana sebuah hadis dari Aisya RA, beliau mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda " Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta'ala adalah amalan yang berterusan walaupun itu sedikit.' (HR Muslim)



Pesan kelima: Saat aku pergi, duhai kekasihku Muslimah jangan kau lepaskan kembali jilbabmu, kerana di situ kehormatan dan kemuliaanmu terjaga, jangan kau memakainya kerana aku, tapi pakailah ia kerana Rajaku.


Pesan terakhir: Jadilah kau insan yang sentiasa beribadah kepada Allah, jangan kau beribadah hanya di bulan Ramadhan sahaja, keran sungguh Allah itu Tuhan di seluruh waktu.

Wallahu A'lam
Semoga bertemu Ramadhan seterusnya.
Kredit: Aidijuma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan