Jumaat, Ogos 22, 2014

iPhone 5s gajet impian setiap blogger

Assalamualaikum

Terima kasih Murni ucapkan kepada anda kerana sudi meluangkan sedikit masa singgah ke blog ini. Bersaksikan cahaya lampu pendaflour, dengan ini Murni menyahut cabaran Contest iPhone 5s yang dianjurkan oleh denaihati.com bersempena dengan pelancaran iphone generasi baru yang bakal dilancarkan pada bulan september ini. Sehubungan dengan itu, Murni ingin mengemukakan beberapa soalan untuk dijawab sendiri oleh tuan empunya blog Mawar Medina. Eh, boleh ke?. Terdapat sesetengah soalan yang akan dijawab berdasarkan pandangan Murni sendiri. ok! Soalan dibuat adalah berdasarkan soalan 5W 1H. Mesti anda faham apa yang Murni maksudkan dengan jenis soalan ni. Rujuk gambar di bawah ni:




What: Apa tujuan utama Murni menyertai contest iPhone 5s?

Jawapan yang ringkas "ingin mencuba nasib". Bila berbicara tentang smartphone canggih-cangih ni, setiap orang pasti mempunyai keinginan untuk memilikinya sama juga dengan naluri diri ini. Oleh sebab itu, Murni tak nak lepaskan peluang untuk menyertai cabaran ini. Di tambah pula, jenama iPhone ni mempunyai brand image  yang mantap dalam target pasarannya yang tersendiri. Realitinya, Murni masih belum mampu untuk membeli iPhone dengan menggunakan hasil titik peluh sendiri. Almaklumlah Murni masih lagi bergelar Pelajar Latihan Industri yang masih belum mempunyai kerjaya tetap. Sejak dari dulu lagi Murni menyimpan angan-angan ingin memiliki iPhone. 

2 Who:  Siapakah yang berpeluang untuk memiliki iPhone 5s?

Sesiapa sahaja rakan-rakan blogger Nusantara yang sejak dari dulu lagi menjadi pembaca setia blog Denaihati berpeluang untuk memilikinya dengan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan. In sha Allah kalau ada rezeki menang contest ni, maka tercapailah hasrat di hati untuk menjadi pengguna setia iPhone. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. kan? Tak salah sebenarnya kalau kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan. Sesungguhnya rezeki Allah itu amat luas, dan kita sebagai hambanya hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapatkan rezeki tersebut dengan cara yang halal.

3 Where: Di mana maklumat tentang contest iPhone 5s diperolehi?

Senang dan mudah nak dapatkan maklumat tentang contest ni. Untuk pengetahuan anda Murni sebenarnya dapat maklumat contest ni daripada rakan-rakan blogger yang sememangnya sudahpun menyertai contest tersebut. Melihat kesungguhan mereka untuk sahut cabaran contest ni, secara tidak langsung dapat menarik minat Murni untuk turut serta memeriahkan lagi contest iPhone 5s ni. Apa yang menariknya contest ini telah mendapat sponsor daripada rakan blogger blog Denaihati yang bermurah hati untuk mengeluarkan sejumlah wang tunai  bagi merealisasikan impian penganjur untuk menganjurkan contest iPhone 5s ini. Berikut Murni 'kepilkan' nama-nama sponsor yang terlibat:

Penaja utama : Amariman.com
2.   http://eridy.com/
3.   http://www.hilalazmi.com/
4.   http://www.eizil.com/
5.   http://www.asamboi.my/
6.   http://www.diarymama.com/
7.   http://www.pendekarberkuda.org/
8.   http://saji.my/
9.   http://abangensem.com/

10. http://enveeus.com/
11. http://www.pakarniaga.com/
12. http://anarm.net/
13. http://daddydee.net/
14. http://www.sunshinekelly.com/
15. http://sweetkurma.com/
16. http://awn.my/
17. http://www.mawarmerah2008.com/
18. http://www.blogieta.com/
19. http://www.broframestone.com/
20. http://www.akmaomar.com/
21. 
http://www.khairilmazri.com/

22. http://wowberita.org/
23. http://www.ombakcreatives.com/
24. Japan Budget Trip


Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @http://syuhadabaharudin.com) juga adalah merupakan salah seorang penaja. Mohon kepada anda yang beragama Islam untuk sedekahkan surah Al Fatihah untuk arwah. Diharapkan semiga tajaan ini menjadi sedekah yang diterima oleh ALLAH. Aamiin...

4 When: Bilakah tarikh keramat contest iPhone 5s dilancarkan oleh blog Denaihati?

Dengan merujuk semula entry denaihati.com, pasti anda semua akan perolehi jawapannya. Rajin-rajinkan diri anda untuk klik link yang berwarna, ok. Sudah semestinya para blogger sekalian tidak sabar untuk mengetahui siapakah pemenang bertuah yang bakal memiliki iPhone 5s. Bermonolog sendiri, 'adakah aku insan yang terpilih'. Bertenang wahai hati-hati jangan bermonolog sedemikian sehingga boleh mengganggu tidur anda apabila malam menjelma hehe. Ok untuk pengetahuan anda semua contest ini akan berakhir pada jam 11:59p.m bersamaan dengan 24/08/2014. Nampak tak tarikh Murni update entry ni dengan tarikh tutup contest, nampak sangat Murni baru ada masa untuk mengikuti contest yang terlebih gempak ni.

5 Why: Kenapa iPhone 5s wajar menjadi gajet impian setiap blogger?

Bagi pendapat Murni, gajet seperti ini sangat berguna terutamanya kepada blogger yang menjalankan perniagaan atas talian dan tidak lupa kepada blogoholic di luar sana. Sudah semestinya khidmat telefon canggih ni amat diperlukan apabila berada dalam keadaan yang terdesak. Bahkan, ia dapat memudahkan para blogger untuk update entry blog di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu. Apa yang tertarik pada pandangan mata Murni apabila ternampak iPhone ni, sudah semestinya designnya yang cantik molek bila dipandang. Kamera iPhone 5s pun dah di upgrade, barulah gambar yang dicapture tu menarik, cantik, dan gambar tu nampak 'hidup'. Kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut ciri-ciri iPhone 5s ni, bolehlah klik SINI



Rugi rasanya kalau anda tidak melihat video di bawah ini, confirm akan jatuh cinta pandang pertama terhadap iPhone 5s ini. Mempersembahkan kepada anda The all-new iSight camera of iPhone 5s. 

Kamera 12-megapiksel dengan Dua Flash LED




Apple dikatakan menggunakan kamera dengan dua flash LED dengan f/2.0 aperture yang akan memberikan kualiti gambar lebih baik walaupun pada keadaan cahaya yang rendah. Apple akan memberikan kamera 12MP dengan perakan video HDR yang diperbaiki dan Apple akan menyertakan kebolehan merakan video 'slow motion' dengan 120 f/ps dan juga menggunakan kamera hadapan 2 megapiksel berbanding 1.2MP pada iPhone 5.



Ini mungkin ciri iPhone 5s yang paling radikal dan Apple menggunakan pengesan cap jari ini untuk membuka peranti tersebut. Kegunaan utama pengesan ini adalah untuk membuka iPhone anda, namun Apple mungkin menggunakannya sebagai sistem pengesan bagi aplikasi bayaran 'wallet' pada masa akan datang. Butang baru iPhone 5s ini dikatakan akan disaluiti dengan menggunakan gelas 'sapphire' yang tahan lasak dan calar.


1 How : Bagaimana untuk melengkapkan tugasan pertama cabaran contest iPhone 5s?

Terma dan syarat yang telah ditetapkan:

  1. Menulis satu entri sebagai tiket untuk ikut serta contest dengan tajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger”
  2. Pengisian entri adalah bebas tetapi mesti kreatif dan mengikut cara penulisan blog yang betul dengan memasukan :
  • Satu backlinks kepada blog Denaihati.
  • Entri mesti tidak kurang daripada 300 perkataan.
  • Senaraikan semua blog penaja dengan backlinks. Dapatkan senarai penaja di SINI.
   3.   Tarikh terakhir menulis entri cabaran iPhone 5s adalah pada jam 11:59 pm, 24/8/2014
   4.   Peserta diwajibkan meletakan satu banner Denaihati di mana-mana posisi di blog        anda. Pilihan banner Denaihati boleh didapati di SINI.
  5.  Sila tinggalkan entri cabaran iPhone 5s di SINI.

Alhamdulillah akhirnya siap menaip entry untuk contest ini. Memulakan menaip entri bermula 21 ogos 2014 pada waktu malam dan berakhir pada petang ini. Langkah seterusnya hanya mampu untuk berdoa dan bertawakkal shaja setelah memerah otak selama dua hari. 

Tidak lupa pada kesempatan ini juga Murni ingin mengucapkan takziah pada keluarga mangsa nahas kapal terbang MAS MH17. 

Terima kasih daun keladi, lain kali singgah lagi. 

12 ulasan:

  1. wow!
    mantap entri ni :)
    penuh ..semua info ada ^__^
    gud luck!

    312 is MG ..salam kenal murni :)

    thanks klik mr nuff kt blog ..now ur turn ..all nuff done klik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks MG :)
      salam perkenalan juga dr Murni & tqvm coz click my nuff ^__^

      Padam
  2. Moga berjaya dalam cabaran pertama iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger..:)

    BalasPadam
  3. billion terima kasih sudi sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya
    p/s: sila lihat mesage FB ada perkara perlu dibetulkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 tuan Denaihati, aamiin inshaallah klu ada rezeki dpt ke tugasan yg sterusnya...
      terima kasih juga sebab dah maklumkan per. yg perlu dbetulkan

      Padam
  4. gud luck murni...moga tercapai impian awak untuk genggam iphone 5..

    BalasPadam
  5. Semoga berjaya. Iphone mmg best dan mudah nak update blog.

    BalasPadam
  6. iphone mmg best....selamat berjaya yea...tugasan kedua dah pun bermula...

    BalasPadam