Save the Date

Assalamualaikum

Hi, readers! salam ramadhan utk korang semua :) Entry kali ni Murni just nak share saat-saat manis dengan dua orang sahabat Murni, Nisa & Najwa. Nak dijadikan cerita, sebelum nak menghabiskan study kat UUM, kitorang ada buat perancangan nak p keluar jenjalan berenam. Tapi apakan daya kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan. Telan dengan pahit kenyataan tu. Bila mana Allah dah makbulkan doa dapat habiskan masa dengan sahabat terdekat, maka berbunga-bungalah rasa hati ni ditambah dgn rasa syukur yang teramat sangat. 

Sebelum Murni balik Sabah 3 Julai yang lepas, Murni singgah ke rumah tok Nisa kat Juru, Penang. Kiranya time ni Murni minta tolong dengan Nisa nak tumpang tidur sehari dua sebelum singgah ke rumah pacik Murni kat Puchong, Selangor. Kami bertolak dari UUM hari khamis, 27 Jun then singgah jap kat rumah ayah angkat Nisa. Sebelum nak p rumah tok Nisa sempat jugak jumpa dengan kak kesayangan kitorang, kak Mimi. Rasa sedih jugaklah entah bila lagi agaknya boleh jumpa dengan kak mimi. Kak mimi kita rindulah!. Kak Mimi terima kasih sebab belanja makan erk :)




Selesai makan, kitorang pun pergila membawa diri ke destinasi masing-masing. Hati sedih tapi tak mau tunjuk..huhhh! Memulakan perjalanan dengan memegang kucing yang comel & kalau boleh teringin jugak nak bela seekor. Sepanjang perjalanan kucing ni tak nak berhenti menangis. Eh, silap! kucing ni mengeluarkan bunyi "meow" macam budak meragam nak itu ini. Huh, kucing ni meragam sampaikan dia kencing atas riba Murni, tu pun nasib baik beralaskan tuala kalau tak confirm habis basah baju & kain yang Murni pakai. Nasib hang comel kalau idak hang duk dalam sangkar sorang-sorang...haha. Singgah RNR jap basuh baju yang terkena 'najis' tadi. Usai meletakkan kucing tadi dalam sangkar dia & basuh tangan Murni dengan Nisa pun menjamah burger yang tak sempat nak dimakan time jumpa kak Mimi tadi. Perut sebenarnya lapar nak makan nasi. hihi



Jatuh chenta pandang pertama time Nisa minta tolong jagakan kucing ni. Comelkan dia tidur?.
 Kesian kat kucing ni kecik-kecik dah terpisah dengan mak dia. Nisa jaga elok-elok tau kucing ni. 
Terindula plak kat si dia ni.


Sampai kat rumah tok Nisa kat Juru kalau tak silap dalam pukul 6:30 petang. Kesian kat Nisa drive sorang-sorang. Almaklumlah kalau Murni yang drive confirm kereta tu tak gerak ke mana-mana pun..hihi tak de lesen lagi arrr. hahaha Kebetulan pada hari yang sama kat tempat tok Nisa ni ada pasar malam, then usai solat maghrib, Nisa pun bawalah Murni g meronda-ronda kat pasar malam. Sebenarnya Murni teringin sangat nak makan durian. One of my feveret buah hihi. Thanks Nisa sebab dah beli buah durian tuk aku. RM 10 tuk 5 biji buah durian. Malam tu mang tak boleh nak perabiskan & keesokan harinya, pepagi lagi dah isi perut dengan durian. Hang ni mang hantu durian betullah Murni :P huhu tak boleh nak kata apa dah, feveret tu. Alhamdulillah dapat jugak merasa suasana kampung bila singgah kat rumah tok Nisa ni. Nak balik Indonesia, dah lama rasanya tak jejakkan kaki ke kampung halaman sendiri. Rasanya dah lebih 14 tahun since arwah bapa dah tak ada. In shaa Allah kalau ada rezeki lebih nak balik jugak.

27 June, Jumaat. Selepas Zohor, kami bertolak dari rumah tok Nisa ke Kuala Kangsar. Time ni mak Nisa balik sekali dengan kami. Singgah sebentar kat rumah saudara-mara Nisa, then bershopping plak kat Parit Buntar. hihi barang-barang kat sini memang murah tapi tak boleh nak boros sangat..hihi purse tak tebal pun. Beli apa yang perlu je. Tak jumpa pun apa yang nak dibeli sebenarnya. Tak apala jalan-jalan cuci mata pun dah dikira bolehlah..hahaha. Kaki dah penat melangkah, maka perjalanan pun diteruskan berkilometer jauhnya ke Kuala Kangsar. Sampai kat rumah Nisa dah lewat malam, boleh pulak Nisa terlajak terus. Kesian kat Nisa mesti dah letih sangat. Maaf tak dapat nak bantu Nisa drive. huhu. malam tu pulak menjamah char kuey teow plus durian, habis sepinggan. Boleh gemuk macam ni, asyik makan je. Pipi naik sekilo. hahaha. Pengalaman yang tak boleh nak dilupakan masuk ke perkampungan orang asli. Terima kasih sangat kat keluarga Nisa sebab sudi terima kehadiran Murni :) . Nisa nanti raya jangan lupa sampaikan salam aku kat tok, saudara, & family ko sekali erk. 

28 June, Sabtu. Sehari sebelum seluruh umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa, Nisa dah plan nak bawa Murni & Najwa g jalan-jalan kat Pulau Pangkor. Tak sangka sebenarnya kami bertiga boleh kumpul sama-sama lagi. Hari tu Najwa dah balik rumah seminggu awal dari Murni & Nisa sebabnya kitorang masih terikat dengan satu paper lagi. Murni & Nisa bertolak pagi dalam pukul 10 cam tu dari rumah then g amik Najwa kat rumah mak saudara dia. Alamak kita terlupa nama tempat mak saudara Najwa. hihi. Ambil masa dalam dua jam jugakla nak g amik Najwa. Dah sampai tu, kami dihidang pulak dengan durian sepinggan, buah manggis, buah naga, keropok lekor, plus air bandung. Penuh perut...aishhh tak habes-habes dengan durian..haha Sebelum nak bertolak tu, Najwa bawa bekal sebalang keropok lekor dengan satu plastik buah manggis. hihi makan lagi. Teringin nak minum air Nescafe ais bungkus ikat tepi, then singgah jap kat gerai tepi jalan. 

Decide g Pulau Pangkor dengan Teluk Batik dalam waktu yang singkat. Biarlah gambar yang berbicara dengan caption yang ringkas. okay!

PULAU PANGKOR




Panas terik yang tak mematahkan semangat kitorang nak g jalan-jalan.




ikan besar yang tak boleh nak dimakan..hihi




gaduh-gaduh manja, tak tahan nak tergelak sebenarnya.



buat muka tak tahu malu amik gambar kat tengah-tengah bulatan. 
Rangka tulang ikan apa entah dah tak ingat pulak.





Tak dapat nak naik bot time kat Pulau Pangkor, so kami just jenjalan je amik gambar kat atas darat ni. It's ok asalkan kami dapat simpan momen yang menggumbirakan hati didalam hengpong...hihi eh, silap! aku akan sentiasa merindui saat-saat bersama-sama kome berdua. Moga Allah sentiasa pelihara hubungan yang dah terbina selama tiga tahun kita bersama. Aamiin. 


TELUK BATIK

Kami teruskan perjalanan kami ke Teluk Batik pulak.
Hati manyak gumbira owh jenjalan tepi pantai.
Habis mukak jadi gelap sudah. haha







Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak hajat nak naik bot melihat pemandangan kawasan sekitar Pulau Batik apabila disapa oleh salah sorang pekerja yang jaga bot masa tengah jenjalan. Kemain lagi seronok sangat nak naik bot, dapat naik kejap pun jadilah. Kalau nak naik kena bayar 4 ringgit untuk satu kepala. Kitorang je kut yang pakai jaket keselamatan ni, orang lain tak pakai pun. Tapi apa-apa pun kena berhati-hati jugak. Malang tak berbau. ok!

Dah puas bermain dengan ombak kecil, maka dengan itu berakhirlah part-part yang menggumbirakan hati. hihi. Mak Najwa jemput kitorang g rumah dia untuk makan malam. Sebelum nak g rumah Najwa, kat Teluk Intan kami singgah jap kat surau yang berhampiran tukar kain yang basah plus solat Asar. Makan malam yang agak menyelerakan..hehe. First time merasa ikan pekasam gitu. Sedap jugak. Huh telan liur sekarang ni. Sedap kut licin pinggan aku kerjakan. hahaha. Terima kasih macik sebab dah susah-susah sediakan makan malam untuk kami & untuk buah pelamnya sekali erk :) Usai makan, maka beransurlah Murni & Nisa balik ke Kuala Kangsar

Ok cerita dah habis. Maaflah ye panjang sangat ceritanya..hihi. Selamat bersahur :)

bersambung...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan