THESIS

Assalamualaikum

latihan ilmiah



Hi, readers! Alhamdulillah Murni bersyukur sangat ke hadirat Ilahi, thesis yang Murni buat hasil dari titik peluh sendiri akhirnya dah berpindah tangan kepada penyelia thesis dan juga School of Business Management, UUM lebih kurang jam 2:30 p.m bersamaan 5 Jun 2014..(senyum sampai ke telinga Murni dibuatnya). 

Untuk pengetahuan korang, kami diwajibkan untuk sediakan tiga copy untuk thesis ni plus yang original. Total semua ada empat buah buku. Kenapa kena buat sampai empat copy?...why? why? & why? persoalan inilah yang selalu dimonologkan dalam hati ni. Murni ingatkan just bagi buat satu copy je. Bila dapat tahu daripada member & dengar sendiri daripada mulut Penyelia thesis Murni...mak aiii macam nak tercabut jantung ni..ye lah mana taknya kos nak jilidkan thesis ni menelan belanja sampai seratus lebih..ini tak kira kos nak beli kertas yang beratnya 80gsm lagi. Nasib baiklah Murni ada printer sendiri, so secara tak langsung boleh jimat kos untuk print. 

Persoalan kenapa?
- 1 untuk simpanan diri sendiri, bukti hasil usaha kita sendiri (bolehlah tunjuk kat anak cucu nanti..hehe)
- 1 untuk simpanan penyelia Thesis (Dr. Abdul Manaf Bohari)
- 1 untuk simpanan School of Business Management, UUM
- 1 untuk diletakkan di Perpustakaan Sultanah Bahiyah (huhu nampak macam best je bila thesis kita dibuat sebagai rujukan oleh bakal-bakal penyelidik)


Apa-apa pun terima kasih Dr. Manaf sebab dah membimbing dan memberi nasihat sepanjang tempoh proses menyiapkan thesis ni. Komitmen beliau secara tidak langsung beri motivasi yang tinggi untuk siapkan thesis ni.Tak lupa untuk family terchenta, khasnya buat ibu saya, Munira Binti Tahang yang tidak jemu-jemu memberi dorongan kepada saya untuk sentiasa melangkah ke hadapa & segala doa, nasihat, pengorbanan dan jasa mak Murni tak akan lupa sampai bila-bila. Sayang mak ketat-ketat. Maaf mak sebab dah menyusahkan mak. Terima kasih kepada rakan-rakan yang  telah banyak memberi kerjasama yang baik dalam memberi maklum balas yang diperlukan ketika perlaksanaan kajian ini berlangsung. Kalau tak ada kerjasama dari korang semua, confirm thesis ni tak dapat nak disiapkan. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik dan budi kalian. 




4 ulasan:

  1. wah. banyaknya... saya pun belum buat thesis lagi...tahniah sebab berjaya habiskan. ^^,

    BalasPadam