Jerawat

Assalamualaikum 

Hi, readers! entry kali ni Murni nak kongsi sikit faktor-faktor yang boleh menyebabkan jerawat boleh muncul kat muka korang yang comel tu. Tak pe erk guna perkataan comel, sebabnya kita tahu korang yang baca entry ni semua comel-comel belaka. Sebelum tu Murni nak bagi kredit to Rahsia Hawa sebabnya sudi kongsi bab2 pasal jerawat ni. 

Sebelum tu,  ambil cermin tak kesahlah cermin beso ke kecik ke yang penting boleh nampak muka, then tengok ada jerawat tak yang tumbuh kat muka korang yang comel tu. Ada tak? Ok kalau ada sila rujuk gambar kat bawah ni untuk mengetahui kedudukan lokasi jerawat anda. 


kedudukan jerawat, cara atasi jerawat, posisi jerawat



Ok dah puas belek-belek muka anda, then silalah baca info yang tertulis kat bawah ni siap ada jalan penyelesaian lagi.

[1 & 2] Sistem pencernaan - Kurangkan makan makanan segera, lemak dan kena banyak minum air suam

[3] Hati - Kurangkan makan makanan yang berminyak dan bahan tenusu

[4,5, & 7] Kurang minum air - Kena banyak minum air suam

[6] Jantung - Kena jaga tekanan darah, kurangkan makan makanan pedas dan daging dan kena perbanyakkan makanan yang kaya dengan Omega-3

[8] Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Kena banyak minum air masak dan kurangkan garam dan juga minuman berkafein

[9 & 10] Pernafasan -  Elakkan badan menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan kena banyak bersenam

[11 & 12] Hormon - Stres dan hormon punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebihkan minum air dan kena banyak makan sayur-sayuran.

[13] Usus - Lebihkan makan makanan yang berserat dan banyakan minum teh herba

[14] Penyakit - Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikiran positif.

Ok done menghupdate belog, nampak gayanya Murni pun ada masalah jerawat jugak almaklumlah tengah berdepan dengan minggu-minggu final exam. Jerawat pun tak ada pulak segan silu nak bertempek kat muka ni. hihi Apa yang penting KERJASAMA..eh! silap... apa yang penting kena minum banyak air suam di tambah pulak dengan cuaca  panas sejak belakangan ni yang melanda di kawasan SintokYo (Sintok, UUM). Confirm badan kita ni perlukan air yang banyak. Ok, Bye! 


2 ulasan:

  1. thanks for sharing. memang betullah tu. asyik kena dekat tempat 11 & 12 je tak habis-habis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wlcome Amy :)
      hihi smala, murni pun kna gak kt tmpat 11 & 12

      Padam