Sabtu, Mei 31, 2014

Wide Shawl

Assalamualaikum

Hi, readers! Entry kali ni Murni nak share berkaitan dengan wide shawl atau pun dikenali sebagai selendang lebar. Murni tertarik sangat dengan wide shawl since Awal Muharram yang lepas. So start time tu jugakla tekad dalam hati nak melabuhkan tudung. Still keep remind this Surah An-Nur ayat 31


Firman Allah SWT:

{وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ}


Maksudnya: “{Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada}.” 


Memandangkan wide shawl time tu susah nak dapat kat dalam kampus, so dengan kekretifan yang ada Murni pun buatlah inovasi seket buat wide shawl dengan menggunakan  dua helai tudung bawal then jahit untuk sambung kedua-dua penghujung tudung bawal..hehe...Murni banyak je tudung bawal yang tak pakai, semester lepas kalau p kuliah pun just pakai tudung syria..then beralih pulak pakai wide shawl.


Wide Shawl

Inilah hasilnya bila dah tangan ni gatai nak jahit-menjahit..hehe
(abaikan pemandangan yg berada di belakang)


wide shawl
Sumber: Majalah Dara.com + Pendapat Murni 

 ♥ Saiz Besar
Wide shawl yang ada di pasaran kebanyakannya bersaiz 1.8m x 0.8m. dengan potongan yang segi empat sama secara tidak langsung akan memudahkan si pemakai menggayakan selendang ni tanpa perlu risau sama ada ia akan singkat di bahagian belakang mahupun di bahagian depan badan.  

 ♥ Material Selesa

Kebiasaanya, wide shawl yang dijual di pasaran direka dan dihasilkan dengan menggunakan material jenis kapas. Penggunaan kain kapas amat selesa kerana boleh membantu menyerap peluh dengan baik. Namun begitu, terdapat juga wide shawl yang diperbuat daripada kain sifon yang tidak berapa jarang dan menggunakan material crepe. Murni nasihatkan, kalau wide shawl tu jarang sampai boleh menampakkan leher anda, cuba gunakan anak tudung tutup leher atau pun tudung syria. Murni lebih suka gunakan tudung syria sebabnya takdelah panas sangat.

 ♥ Variasi Corak & Paten

Confirm ramai di antara wanita-wanita di luar sana yang suka menggayakan pakaian mereka dengan pelbagai jenis corak dan paten untuk wide shawl yang berbeza-beza..betul kan? Oleh sebab itulah  berlambak sangat corak dan paten wide shawl di jual di pasaran..rambang mata kita dibuatnya..huhh perempuan kalau tengok benda cantik, confirm nak beli punya..hihi.pastikan anda mempunyai bajet yang cukup.

♥ Kepelbagaian Gaya

Anda boleh mempelbagaikan cara pemakaian wide shawl ini kerana bukaannya yang besar dan lebar memberi ruang lebihan untuk menutupi bahagian depan dan belakang badan. Murni kalau bab-bab nak menggayakan wide shawl ni ada satu cara penggayaan je...cepat & mudah sebabnya Murni terikat dengan masa nak p kuliah dan juga waktu solat.


Wide shawl pertama yang Murni beli sendiri kalau tak silap harganya dalam  RM13. Memulakan semester baru beberapa bulan lepas dengan menggunakan wide shawl dan selamat tinggal tudung syria!

Wide Shawl

 Jatuh chenta pandang pertama 'dengannya' di pasar malam...haha




Wide Shawl

Ahad sampai khamis macam nilah cara penggayaan wide shawl yang Murni gunakan untuk p kuliah. 
Apa yang lain hanyalah dari segi corak atau paten dan juga warna yang berbeza-beza.


Wide Shawl

Dinner dengan pakaian yang selesa dipakai..oh, dark blue!


Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang..eh!


...


4 ulasan:

  1. Assalamualaikum dan salam singgah pagi..Singgah blogwalking sini dan Salam Merdeka....Akak pun suka pakai wide Shawl rasa selesa dan senang di gayakan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam sis mardiah ^__^
      thanks ya sudi singgah blog murni & salam meredeka juga buat akak..
      betul kak pakai wide shawl ni mmang selesa sgt.

      Padam
  2. seppp qila pun pakai wideshawl nk pakai labuh cm dena tapi tak jumpa lagi inner xxl hehe

    BalasPadam
  3. singgah BW here...cantikknya pakai wide shawl;)

    BalasPadam