Jumaat, Mei 23, 2014

Tempat Menarik di UUM

Assalamualaikum 

Alhamdulillah dapat juga menghupdate entry utk belog ni.  Cerita yang Murni nak share kali ni sebenarnya dah seminggu kejadiannya berlaku, tapi baru sekarang ada masa utk update. Minggu lepas jadual kuliah terikat dengan preparation utk presentation, corporate meeting, submit assignment dan termasuklah kuiz..huhh mengeluh banyak..hihi penat sampai tak cukup tidur dibuatnya.

Hari Jumaat minggu lepas Murni ada discussion utk buat dialog corporate meeting waktu pagi dalam pukul 10:30 a.m dan balik dari discussion dalam jam 4:00 p.m macam tu. Then, pergi pulak ke DPP Muamalat semata-mata nak pinjam blazer dengan Nisa plus teringin sangat nak makan nasi kerabu kat cafe Muamalat. Nasib baik time ni masih ada lagi nasi kerabu ni, kalau tak melepas lagi arr nak makan...hurmm tapi ayam dia rasa masin sikit...terlebih bubuh garam kut. It's ok rasa dia masih boleh tahan lagi. 

Selesai makan, Nisa pun hantar Murni dengan Najwa balik..tengah asyik berborak kat dalam kereta terpandang pulak orang ramai tengah bagi makan dekat rusa. huhu nak jugak bagi makan...apa-apa pun kena balik bilik kejap dekat DPP EON, balik utk solat asar baru boleh keluar jalan-jalan. 

Alhamdulillah dapat juga kami bertiga ni keluar bersama-sama (senyum lebar). Tempat pertama yang kami pergi ofcourse lah kandang rusa. Hehe..dah dapat bagi makan dekat rusa dan dapat sentuh rusa dah kira puas hati plus siap ambil gambar lagi..










UUM pun ada burung unta jgak tau and binatang yang paling dominan kat sini sudah semestinya monyet. hihi
Sebenarnya banyak je tempat menarik kat dalam UUM ni, even org selalu kata UUM ni U yang terletak dalam hutan..tapi udaranya lebih segar berbanding dengan kawasan bandar. 






ok selamat malam, eh silap pulak dah subuh rupanya..hehe
menarik tak tempat ni?

Next destination, Inshaallah kalau berkesempatan nak pergi Puncak Vista pulak :D




Tiada ulasan:

Catat Ulasan