Berkelah Tepi Tasik

Assalamualaikum

Rindu sangat dengan belog terchenta pengarang jantung ni...rindu sangat sebab dah hampir seminggu tak pegang lappy..huaaa nanges tau kita dibuatnya bila lappy buat hal di penghujung semester ni..awal sem hari tu dah hantar p kedai..hard disk rosak, then duit pun melayang sampai 250 hinggit & now lappy rosak lagi hukhukhuk nanges dalam selimut...mana taknya thesis tak complete plus assignment pun tak siap-siap lagi, sampaikan migrain selalu datang tanpa mengira waktu. Nasib baik semalam dapat mesej dari owner kedai tu, dia beritahu laptop dah siap. Huhu dah lari tajuk ni...hehe tak apa kan Murni just nak kurangkan rasa sedih yang bertandang dekat dalam hati ni je.

Sebenarnya Murni nak share story mory tentang berkelah tepi tasik ni..actually 1 Mei hari tu member Murni plan nak p tasik Jitra Darul Aman. Bila member ajak, sah-sah Murni nak join sekali almaklumlah dah last sem katakan nak juga merasa g jalan-jalan dgn sahabat sendiri sebelum tinggalkan negeri Kedah ni.




Dalam jam 2:30 ptg kami bertolak dari UUM. Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami, even tersalah jalan..hihi & finally jumpa juga jalan nak p tasik Jitra. Kereta kalau nak masuk ke kawasan tasik ni kena bayar seringgit tau, so sediakanlah duit syiling anda ye. Sampai kat parking lot, tengok bonet kereta, mak aiii biar betul depa ni, siap bawa beg beso berisi makanan bagai, bawa tikar sekali...ingatkan nak g tasik Jitra ni juz cuci mata je tengok keindahan alam gitu.

Murni dapat tahu member nak buat makan-makan, katanya nak sambut befday Murni sekali..huhu terharu pulak rasanya, kalau ikutkan befday dah dekat sebulan berlalu..asenya tak perlu sambut pun..bagi Murni dah cukup org tu ingat befday kita di samping mendoakan yang baik-baik utk diri ini..btw thanks SAHABAT sebabnya kome dah korbankan masa, tenaga, & wang ringgit.

Berkelah tepi tasik, beratapkan rimbunan daun yang menghijau, duduk beralaskan tikar huhai finally dapat juga rasa suasana macam ni. Time ni jugak nak menggemukkan badan ni selagi mampu sumbat dengan masakan kampung & western gitu. Nampak gayanya si tukang masak dah boleh kawen ni..hihi


terbaik dari dapur wana a.k.a bilik wana..hihi








Selesai makan, decide dengan member nak naik bot (bot ke???)..confius kejap, garu kepala...hihi dah alang-alang ada kat sini, confirm nak jugak cuba benda baru. Rasa takut tolak tepi coz dulu time kecik-kecik selalu mandi sungai & pernah lemas gitu but someone safe me..huhu. Kalau nak naik bot sorang kena bayar RM 6.00 utk dewasa & utk kanak-kanak tak ingatla pulak..Memandangkan time ni hari pekerja akak yang jaga kaunter bagi diskaun kat ktorang. Akak tu kata "bayar 20 rggt je la"..btw thanks ya. Murni, Najwa, Nisa & adik Nisa je yang naik bot, Wana tak nak naik katanya nak berselfie sorang2..hihi 








Serius Murni tak reti pun nak control handle benda alah ni, siap berputar-putar ag..haha malu kita dibuatnya dgn orang sekeliling. Kaki pun penat nak kayuh..dengan panas terik lagi sakit kepala datang & rasa nak termuntah je..huhu kena tahan sakit..btw thanks wana tolong amik gambar :D

Dah puas main kayuh-kayuh, kami pun naikla ke darat..sambung pulak makan tembikai kat bawah pokok. erm sedap pulak rasa tembikai ni dgn manisnya lagi.. Rehat kejap, then packing barang. Makanan yang lebih kitorang decide balik UUM  baru perabiskan semuanya.

Memandangkan waktu asar dah masuk, kami pun singgah kat Masjid yang berhampiran. Ada perkara yang terjadi masa ni, tp tak boleh nak kongsi.. (senyum ikhlas). Sampai kat U, time ni tak masuk dalam kampus lagi kami singgah Bukit Kachi g bilik adik Nisa. Makanan yang tak habis tadi ktorang makan lepas maghrib sambil tengok cerita Aku Isterinya..hihi. Selesai je basuh pinggan & bekas makanan, kami pun balik arr p DPP masing-masing.

hehe itu je la benda yang nak dikongsi, Assalamualaikum ;)


4 ulasan:

  1. yeaaaahhhhh....naek bot pkai skirt...sksa mau kayuhnya...huhu

    BalasPadam
  2. Bestnya berkelah.. rindu pula nak berkelah..

    BalasPadam
  3. husna pernah pergi sekali.. teringin sgt nak naik bot tuh.. tp waktu kami mahal beno..>.<

    singgah dari blog syira lokman..:)

    BalasPadam