Musim bunga di UUM

Assalamualaikum

Indah sangat ciptaan Allah SWT ni. Pagi tadi kiranya p jalan-jalan sekitar kawasan pusat sukan UUM dengan member, kiranya macam berjogingla..hehe tak larat nak berlari-lari anak gitu..hehe..sambil berjalan mata ni tertumpu dengan bunga yg ada kat atas pokok..macam berada dekat Korea/Jepun pulak..










Sedikit info tentang pokok ni:

Famili : BIGNONIACEAE
Nama Saintifik : Tabebuia rosea, Tabebuia pentaphylla
Nama Tempatan : Tabebuia
Nama Inggeris : Tecoma

Ciri-ciri
Pokok sederhana besar bersaiz 15 m – 20 m. bentuk silara bertingkat-tingkat semasa muda tetapi menjadi padat, hampir bujur apabila pokok matang dan tua. Daunnya luruh. Bunga berwarna putih dan ungu. Kerap berbunga terutama sekali selepas daunnya gugur. Buahnya bulat, panjang dan berjuntai pada hujung dahan. Bijinya berbentuk sayap yang lebar, nipis dan tersusun rapi di dalam kapsul.

Kadar Pertumbuhan : cepat
Asal / Habitat : ‪#‎Mexico‬ ke ‪#‎Venuzuela‬ dan ‪#‎Hindia‬ Barat
Kegunaan dan landskap
Popular ditanam sebagai pokok teduhan bagi menghiasi jalan dan lebuhraya. Sesuai ditanam di kawasan lapang dan taman.
Waktu Berbunga
Sepanjang masa – bergantung kepada keadaan cuaca yang panas (sekitar Mac – Jun)


3 ulasan: