Sweet & Sour

Assalamualaikum



Ya Allah! lamanya Murni tak menaip papan kekunci lappy tuk hupdate belog chenta hati pengarang jantung ni..terasa rindu sangat..huaaa nanges kita dbuatnya tau..Janji mesti ditunaikan, klu kita dah niat nak cerita, nak share... ape ni janji-janji??? erm tak faham (org yg tengah baca ni)..bagi sesiapa yang pernah baca entry NI maybe taulah benda apa yg Murni janji. 

Jarum jam lappy menunjukkan dah jam 4:38 subuh (gigih menaip ni)..hehe..tak boleh nak tidur sebenarnya, sebabnya Murni terpaksa tunggu jam 2 ke 3 a.m semata-mata nak tunggu line wifi dekat DPP Murni ni ada..busy sangat semester last ni di tambah pulak dengan thesis yang perlukan komitmen diri ini tuk siapkan before submission date...macam biskut chipsmore pulak line internet ni kejap ada kejap tak ada..kadang sampai tak tidur ke pagi kalau korg nak taulah, then masuk kelas pun confirm tersengguk-sengguk..aissshhh malu giler bila lecture tegur..but its ok lecture tu sporting.

Berbalik fasal janji tu sebenarnya (kisah sebulan lepas) cerita dah basi ok! tapi kalau still nak baca juga silakan dibaca ya...Murni nak meluahkan rasa ketidakpuasan hati bilamana ramai student yang dah last sem kena apung means dikeluarkan dari DPP ke DPP lain. Agak terkejut jugakla bila dapat tahu Murni ni merupakan salah seorang student yang kena apung. Takkanlah mereka tak terfikir kesusahan kitorang ni yang nak angkut barang yang dah bertimbun-timbun dikumpul since semester 1 lagi dengan segala kotak bagai..huh! sakit hati kita tau..apa salah kami sampai kena apung??? 

Masa balik ke U bulan lepas, risau jugaklah sebabnya siapa yang nak tolong Murni angkut barang2 Murni..tapi syukur teramat sangatlah ada kawan yang sudi bantu tolong angkat barang dari tingkat 3 plus tumpangkan kereta p hantar Murni  ke DPP baru.."THANKS NISA sebab ko dah banyak bantu aq"..Alhamdulillah even dapat bilik tak sebesar DPP yang dulu, tapi dapat jugaklah merasa perabot baru (tak adalah baru sangat)..kalau dulu masa sem satu janji dekat waris nanti perabot-perabot yang lama akan ditukar tapi sampai kesudahnya tak ada pun yang tukar kecuali pintu plus cermin..tu jela yang ada kat DPP yang lama tu. Satu benda je yang Murni tak suka bila duduk dekat DPP baru ni..MASALAH WIFI..tiap hari macam nak gugur je air mata ni..masalah yang dihadapi bila wifi tak ada...(Murni dah mention kat atas).

   

Dah jatuh chenta dengan DPP ni :P

Ok habis cerita bab kena apung tadi ye..Murni nak sambung cerita lagi ni (senyum) boleh tak??? Ni pasal bab lain pulak..hihi amboi dah macam belajar dalam kelas pulak siap guna ayat "bab".  Alamak nak kongsi cerita tapi tak ingat pulak tarikhnya bila kakak-kakak & adik-adik buat temu janji makan dekat luar plus release tension dengan main boling. Rindu bila tak jumpa satu-satunya kakak terchenta kami bertiga (Nisa & Najwa): Kak Mimi and finally hari tu datang melawat kami. Seronok dapat keluar sama-sama & share cerita pahit manis. Memori yang sempat diambil..thanks kak mimi datang jenguk kami & kek persahabatn tu <3..First time main boling..haha nak cuba jugak, dah last sem kut..kalau boleh nak cuba semua aktiviti yg tak pernah dibuat lagi..Suara gelak ketawa memang tak boleh nak dilupakan siap terduduk lagi pas baling bola boling..berat!


maaf gambar kurang berkualiti..hihi

Now let's move on to another story. Mereka yang bergelar mahasiswa & mahasiswi confirm dah ambil BB1M kan? Apa yang korang buat dengan baucer RM250 tu? kongsi la apa yang korang beli guna baucer tu..bagi Murni yang dah last sem ni buku teks Murni tak beli langsung pun..rasa macam membazir pulak beli buku tebal-tebal tapi tak guna pun, lagipun buku-buku boleh pinjam dekat libry..so Murni decide beli benda lain yang boleh bagi manfaat. Mai la tengok apa yang Murni beli (dah bercampur dah bahasa)..tak pa kan kalau kita nak belajar bahasa dr negeri lain =)


Murni beli novel, buku, dengan Al-Quran ni masa ada Pesta Buku UUM & stationary plus kertas A4 2 pek pula Murni beli kat Varsity Mall UUM Total RM100..


Yeayy jumpa dengan senior (member)..hehe 


Spek baru owh! beli guna baucer buku masa ada Ekspo plus PC Fair..start sem ni Murni kena pakai spek mata sebabnya Murni rabun jauh..sem lepas dah cek mata & masa ekspo ni jugakla ambil peluang buat spek kira Murahla RM150 kalau nak dibandingkan apa yang Murni nampak kat Canglun RM200++. Duit tak terasa pun mengalir deras..BB1M kan ada, manfaatkan apa yang kerajaan dah bagi.

Bab BB1M dah habis, continue bab seterusnya pulak..hehe..masuk bab Kehepsi. Thanks Wana yang dah jadi OKB siap belanja kami bertiga Kehepsi..kenyang sangat, rezeki bila berpuasa..



ok bab dah habis..tengok jam dah jam 6 pagi..hehe lamanya ko ni Murni menaip..haha tak pa yang penting apa yang terbuku dah terluah dekat dalam blog tchenta ni.
Salam...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan