Bila Laptop Rosak

Assalamulaikum



Lamanya blog terchenta tak berupdate, sbulan lebih rasanya. Niat di hati bukannya nak tinggalkan terus dunia blog ni, tp ada masalah besar yg buatkan hati ni tak tenteram...haha mcm besar sangat pulak masalah yang timbul kali ini. Actually, lappy rosak selama sebulan & tak pergi hantar 'Hospital'..tu yang sunyi sepi tanpa berita. Murni biarkan lappy ni beristirahat...tak mau usik-usik, kesian kat dia dah dua tahun khidmatnya digunakan dengan rakusnya..hehe 

Lappy Murni rosak since cuti sebulan sebelum Murni balik UUM lagi. Kenapa Murni tak hantar je p kedai? hehe kita student lagi, so kena fikir kos yang kena ditanggung tuk bayar baiki lappy..decide tunggu duit PT masyuk dulu baru hantar & tak maulah minta dgn mak, abang, atau kakak..kalau diikutkan kira murah lagi kalau nak baiki lappy kat dalam U ni berbanding di luar sana.

Seminggu jugaklah kena tunggu duit PT baru masuk & lappy pun dipandang dgn hati yang sedih..almaklumlah hanya mampu melihat tak boleh nak guna lagi masa ni. Rasa boring je tak tau nak buat apa..balik je dari kuliah, Murni just dengar lagu via handphone. Bosan yang teramat sangat..Murni nak buat add drop subjek pun tak boleh, nak cek jadual pun tak boleh, nak downlod slide, print slide..semuanya tak boleh..adoiii memang terasa sangat bila lappy rosak..nak nanges :'(

Bila mana PT dah masyuk, hati bukan main lagi gumbira..haha so Lappy pun di hantar ke kedai kat Varsity Mall UUM. Masa hantar ni Murni just expect lappy ni just nak kena format je, tapi selang sehari tengok-tengok dapat mesej dari owner kedai inform yang hard disk lappy dah rosak..Bab-bab lappy ni Murni kureng tahu..hihi so Murni call terus owner tanya harga..macam nak tercabut je jantung ni bila dengar total yang Murni kena bayar..hard disk 500gb harga dia dlm RM210 plus format RM40 total semua RM250..ya ALLAH melayang duit aq..nanges..tapi Murni pujuk je la hati ini sabar dengan ujian ALLAH..kalau tak da lappy ni confirm banyak kerja nanti yang tertangguh ditambah pula sem ni Murni ambil thesis so khidmat lappy ni amat diperlukan sangattttt... Hilang RM250 rasanya lebih baik berbanding kena beli lappy baru..

Ni baru masalah lappy, masalah kena apung dari DPP (Dewan Penginapan Pelajar) pun sedikit sebanyak membuatkan hati ni memberontak..ada pro and kontra jugak...nanti Murni sambung bab kena apung ni ye..salam.

2 ulasan:

  1. biasala hidup nie.. problem settle rnie, esok ade lagi, lusa tambah satu lagi..
    so, just follow the flow ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup juz follow the flow & dr masalah juga mengajar kita tuk bersabar :)

      Padam