Rabu, Januari 22, 2014

Menu Ikan Sardin

Assalamualaikum

Kalau nak d ikutkan since dah masuk U jarang sangat masuk dapur coz di hostel tempat Murni belajar tak ada pun disediakan bilik khas untuk masak-memasak ni..so bab-bab memasak ni memang kureng sikit..haha even kalau balik kampung di Sabah pun, mak Murni yang masak, kalau mak tak masak sanggup tak mau makan..hehe..

Cakap pasal mak ni rindula plak dengan masakan mak. erm tak dapat nak jumpa mak coz sekarang ni tgh menghabiskan cuti semester selama sebulan d rumah abang d Penang. [nak nanges]. macam ni la klu orang yang belajar d "oversea"..hehe..hadapi dengan senyuman yg pahit tuk ditelan. Inshaallah sabar dengan pengorbanan yg dibuat, diakhirnya nanti pasti akan ada kemanisannya juga..ya kan???

Berbalik kepada topik masak-memasak ni, serius Murni cakap, diri ni memang tak reti masak..kalau main campak-campak bahan ke dalam kuali tu pandaila..hehe. Tengah hari tadi Murni berjaya masak ikan Sardin..yeayy haha masakan yg senang & cepat untuk disediakan.

 "Susah kawen dengan ko ni Murni, kesian bakal laki ko nanti hari-hari makan ikan sardin jer". kata si Polan bin si Polan..[gurau]..hihi bab-bab belajar memasak ni, nanti kita minta ajar dengan mak ataupun dengan mak mentua ye..hihi lagi sweet kalau dapat laki yang terer masak. [berangan jap].



haa ini la dia makanan yang senang & cepat disediakan..Alhamdulillah dah masuk dalam perut.


































Murni masak ni pun based on pemerhatian & tunjuk ajar dari abang Murni sendiri, tu pun masa Murni semester 1 klu x silap singgah kat Penang before masuk UUM.

Cara-cara Miss Murni memasak hehe:
1. Sediakan bahan-bahan [ikan sardin, bawang merah,  bawang putih, cabai, & garam] klu yg suka  makan bawang bolehlah tambah atau nak yang lagi berapi tambahlah cabai..bergantung cita-rasa masing-masing.
2. Asingkan sos dengan ikan sardin.
3. Panaskan minyak, then masukkan ikan yang diasingkan dengan sos tadi ke dlm kuali. goreng ikan macam gambar kat atas erk.
4. Panaskan minyak, then tumis bawang merah, bawang putih, & cabai sekali. Lepas tu masukkan sos ikan sardin tadi then tambah air sikit. Lastly, masukkan ikan sardin yang dah digoreng sebelum ni. Nak lagi sedap tambahlah garam ye.
5. Siap untuk dihidangkan & dimakan.

Selamat mencuba =D
haha macam chef la pulak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan