I'm Coming Home

Jun 30, 2013
Assalamualaikum

erm tak tau nak tulis apa, otak dah jadi kosong plus dah tepu :(

smalam Murni btolak dari Penang ke KL dlm kol 9:30 & smpai kat airport LCCT dlm kol 5:30 camtu arr
kalau ikutkan jam skrg ni Murni sepatutnya dah berada di Sabah..
apa kan daya skrg ni mash berada d airport LCCT mnunggu & terus menunggu since 6 pagi lagi
berlaku kesilapan besar (o.O)
kesilapan apa erk???
erm sbenarnya Murni dah tlepas flight kol 6:25a.m
tapi dlm tiket yg Murni dah print terpapar jam 7:25a.m for departure
kalau ikutkan tiket 2 burn mcm tu jerla..
tapi nasib baik staf yg jaga kaunter tu tolong x yah bayar & dia juz tukar g petang kol 1:25p.m.
dah selesai psal tiket ni, then abg. Murni pun balik,
tinggallah Murni sorgII dgn org ramai yg x dkenali..hehe
 dalam bosanII pun nasib baik leh on9, tgok SSID ep. 12 [hehe eps. ni Murni x tgok g] plus blogging
Murni da jgak tserempak dgn kawan lama..haha lamaka?
kawan tem sek. menengah & U pun sma jgak
tjumpa sama c Aimi dgn kawannya..
[untungla balik awal sejam dr aq]

perut dah meragam, so decide g makan kat McD
mahal jugak kan makanan d airport ni..breakfst jer dah melayang RM 10..juz psan burger ngan kopi apa ntah Murni pun x taula...haha pahit giler kopinya

done breakfst, nak g check in smula kat kaunter tp x bukak g,
so duduk jerla atas lantai tanpa hiraukan org yg lalu-lalang kat tepi, dah rasa penat sangat berdiri lama sgtla katakan..hehe

tem check in plak, timbul masalah baru plak beg terlebih berat kna bayar RM70 camtu.hoho banyak kut...staf 2 kata kna kurangkan  baru leh masuk,
tapi Murni juz masuk jerla..hehe & Alhamdulillah lepas jugakla

now juz waiting my flight at 1:25p.m
[sabar erk Murni, keep smile ok jan masam muka :P ]


Fenomena Corak Tribal

Jun 11, 2013
{Assalamualaikum}

Entry kali ni Murni nak kongsi tips untuk pemakaian motif tribal...
Semua sedia maklum, terutamanya  remaja-remaja & juga ibu-ibu di luar sana, trend fesyen masa kini lebih tertumpu kepada motif tribal, bahkan perancang busana juga banyak menggunakan motif tribal untuk menghasilkan karyanya. 

Sedikit perkongsian tentang asal-usul motif tribal ni:
Untuk pengetahuan anda, motif tribal ini sendiri didasari daripada motif etnik yang berasal daripada corak pakaian pelbagai suku di dunia, seperti suku Tibet, India, bahkan Afrika. Hingga saat ini, motif tribal hadir dalam variasi fesyen, seperti baju, seluar, beg, kasut, dan aksesori.

Sekarang Murni beralih pula kepada tips pemakaian motif tribal ni
  1. Kalau nak pakai baju motif tribal, seluar atau skirt mestilah tidak bermotif atau polos
  2. Tribal yang popular dijadikan selendang dan tudung awning
  3. Kalau nak tambah aksesori yang bermotifkan tribal, pilihla aksesori yg bewarna senada dengan motif tribal yang digunakan
  4. Untuk kasut dan sandal, padanan yang tepat iaitu yg bertumit kayu




[Sumber gambar : Google]

#motif tribal sesuai dipakai oleh orang yang menyukai kebebasan dan memiliki kepercayaan diri.

Kredit to DARA FESYEN

Motivation

Jun 01, 2013
{Assalamualaikum }























 






 { Klik Sini }