Jaga Pandangan Mata

Angau Artis Korea

" Siapakah selebriti kegilaan kamu semua?" Soal saya kepad apelajar wanita yg menghadiri ceramah saya. Sengaja terdetik soalan itu utk merehatkan minda. " ARTIS KOREA!!!" jerit seorg. pelajar sambil melompat bersemangat dr jauh. Terbukti aura artis korea benar2 menghantui remaja wanita d hadapan saya. Rupa-rupanya dia bukan bersendirian. Sokongan padu tidak berbelah bahagi hampir seluruh penghuni dewan.

Saya melihat kegilaan kpd artis Korea ini majoritinya lebih diminati oleh golongan wanita. Walaupun terdapat juga lelaki yang jelas kejantanannya turut mengusap air mata dengan tisu di hadapan komputer, namun kegilaan itu lebih jelas di sisi wanita. Malah ada sebahagian wanita yg memuja mereka dgn memenuhkan semua gambar artis korea mereka di muka dpan Facebook, Twitter sehinggalah yg dtampal ddinding bilik rumah. Hebatnya pukulan K-Pop & sewaktu dengannya.

"Apakah sebenarnya yg membuatkan perempuan tergila-gilakan hero Korea ni?' Saya cuba menguji pelajar wanita di hadapan saya. " Hero Korea Handsome & come!!". Jawab seorang pelajar sambil tersenyum menampakkan gigi. " Bukankah wanita perlu menundukkan pandangan apabila melihat lelaki yg handsome?" Sengaja soalan cepumas saya lontarkan. " Kami perempuan takpe ustaz bila tgk lelaki. Lainlah lelaki yg wajib menundukkan pandangan sebab lelaki lebih mudah tergoda bila melihat wanita!!!".

Saya cuba berbincang dgn mereka. Benarkah kenyataan demikian? Adakah ia bertepatan dgn agama. Betulkah hanya lelaki yg mudah tergoda? Mari kita korek semula drpd sumber agama. Memang benar terdapat ayat suruhan utk menundukkan pandangan itu diturunkan utk lelaki pd surah an-Nur ayat ke-30. Saya juga sebagai lelaki mengakui hati boleh menjadi gila apabila lirikan mata terpandang wanita.

Namun, jangan kita terlupa akan sambungan ayat yang berikutnya. Allah juga sebenarnya  menyuruh wanita menundukkan pandangan mereka. Di dalam surah an-Nur, ayat ke-31, bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yg beriman supaya menyekat pandangan mereka(daripada memandang yg haram), & memelihara kehormatan mereka". Ini jelas membuktikan bahawa hukum menundukkan pandangan tidak membezakan antara lelaki & wabita.

Ayat yg telah diberitakan kpd kita ini telah menyangkal dakwaan kononnya ' wanita tidak mengapa, tetapi lelaki tidak boleh'. Sudah semestinya dakwaan bahaawa 'wanita tidak akan tergoda jika melihat lelaki' juga sama sekali tertolak. Secara tidak langsung al-Quran menjawab kpd kita tanpa membezakan gender dgn satu keputusan bahawa' lelaki & wanita mampu tergoda jika tidak menjaga pandangan mereka!!!'...

Sejarah lalu mungkin boleh menguatkan dakwaan ini. Terlupakah kita kisah Nabi Yusuf AS bersama wanita  yg menggodanya. Ketika Nabi Yusuf AS melihat wanita tersebut yg rupawan, lalu beliau ghad al-bashar(menundukkan pandangan). Daripada pandangan itu beliau langsung tidak berpengaruh utk terus melayan perasaan melihat wanita tersebut. Bahkan hatinya mula melupakan wanita tersebut. Berbeza pula dgn wanita yg menggoda Nabi Yusuf AS. Wanita tersebut melihat Nabi Yusuf AS dgn penuh perhatian. Ketampanan Nabi Yusuf AS memukau kelopak mata daripada terus berkelip. Akhirnya, dgn pandangan seorg wanita, munculnya keinginan syahwat yg meledakkan nafsu sehingga terkoyak belakang baju Nabi Yusuf AS.

p/s: citer ni bukanlah menggesa semua wanita secara terus menukar 'wallpaper' & profil d FB, Twitter dgn gambar pokok dan batu semata-mata. Bukan juga mengharamkan kita semua drpd terus meminati artis pujaan kita. Tetapi, ianya sekadar renungan bahawa mata itu satu energi pembawa gelora, tanpa membezakan sebarang jantina.

kredit to Dara. Com
Teks : Imam Muda Muhammad Asyraf B. Mohd Ridzuan (Juara Imam Muda Astro Oasis 2010)

* Mohon diri ini terasa =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan