Cara Nak Membahagiakan Keluarga

Assalamualaikum

Ringankan Beban

Jika kamu sudah mempunyai pendapatan, apa salahnya kamu berkongsi rezeki dengan keluarga. Bantuan kamu besar ertinya kepada ibu dan ayah terutamanya bagi golongan sederhana dan keluarga besar. Bagi remaja yang belum bekerja, ringankan tulang membantu keluarga menguruskan kerja rumah.



Curah Kasih Sayang

Kebanyakan remaja sering lupa ibu, ayah dan adik-bradik juga perlukan kasih sayang dan perhatian kamu. Walau sesibuk mana pun dengan pengajian atau pekerjaan, luangkan masa untuk keluarga. Mereka adalah aset kamu juga.


Penuhi Permintaan

Perkara ini antara yang sering diperdebatkan. Ramai remaja yang mahu mengikut kepala mereka sendiri sedangkan ibu dan ayah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kamu. Perkara yang mereka minta pun adalah demi kebaikan kamu juga. Lantaran, merealisasikan impian mereka yang mahu melihat kamu ke menara gading atau menjawat jawatan besar.

Bijak Bawa Diri 

Tidak kiralah ke mana dan walau sejauh mana pun kamu pergi, kamu mesti menjaga diri dan keluarga. Jangan sesekali menconteng arang ke muka ibu bapa sebaliknya lakukanlah perkara positif yang akan membahagiakan mereka.




Doakan Kebahagiaan dan Kesejahteraan Mereka

Seperti mana ibu bapa tidak lupa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kamu, seharusnya kamu juga begitu. Sebagai anak, kenangla jasa keluarga yang banyak berkorban tenaga dan harta untuk kamu.


 In Sha Allah I'll be a gud daugther =)..Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan