Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat, Kota kinabalu, Sabah.

Program VIP Membersihkan Pantai Tanjung Lipat Kota Kinabalu Sabah | Assalamualaikum & salam sejahtera. Finally dapat juga mengadap laptop time cuti ni πŸ˜ƒ Murni janji dalam entri sebelum ni nak update pasal tugasan yang kami perlu laksanakan bagi lantikan anggota baru EPF.

Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat Kota Kinabalu Sabah

Kami semua diamanahkan untuk melaksanakan satu tugasan by group yang dah terbentuk sebelum ini dan kalau diikutkan setiap anggota dalam group pula datangnya dari pelbagai negeri yang berbeza-beza, jadi untuk mengelakkan dari masalah  dari segi tempat, masa, kewangan dll yang akan timbul kami semua sepakat untuk jalankan Program Value Internalization Program ni by zon macam tu, team semenanjung Malaysia & team borneo (Sabah & Sarawak bergabung πŸ˜…)

Bagi memenuhi tugasan yang diberikan oleh pihak pengurusan, team borneo memilih untuk menjalankan satu program pembersihan pantai yang bertempat di Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu, Sabah bertarikh 05/05/2018. Objektif program ini adalah bertujuan untuk mendidik dan memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat  supaya menjaga alam sekitar.

Bila mana AJK dah dibentuk, setiap dari kami mempunyai peranan memasing untuk menjayakan Program V.I.P ni tidak terkecuali Murni yang kena handle penginapan untuk perempuan. Bagi Murni ni kira cabaran jugalah, mana taknya sebelum ni tak pernah pun tempah hotel sendiri. Kes dulu masa nak pi IV di Semenanjung pun akak Murni yang tolong tempahkan hotel πŸ™ˆ 

It's sokay nasib baik ada booking.com mudah sikit kerja untuk tempah penginapan. Alhamdulillah  syukur sangat jumpa Khidmat Kondominium yang sangatlah lawa, selesa dan yang penting sangatlah murah. Part paling best sampai tempat penginapan baru bayar no need deposit gituh time book. 

04/05/2018 travelling day. Murni terbang ke awan biru dari Sandakan ke Kota Kinabalu. Sampai airport KK, boleh pulak sesat πŸ˜† Nasib baik ada member dari Sarawak yang dah sampai masa tu, bolehlah gerak sesama pi Khidmat Kondominium. Berkira sangat nak naik teksi mahal, kami just naik grab tu pun masalah juga nak search location at last jumpa juga jalan menuju tempat penginapan.

Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat, Kota kinabalu, Sabah.
Sesi Perbincangan Akhir

Pada waktu malam sebelum program berlangsung, kami semua berkumpul untuk mengadakan perbincangan akhir terutamanya mengenai bajet perbelanjaan bagi pengangkutan aktiviti pada keesokan harinya, kawasan pantai yang perlu dibersihkan, peralatan yang perlu dibawa, makanan & minuman semua anggota dll.

05/05/2018. Program V.I.P berlangsung. Kami semua menuju ke Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu Sabah. Kami berkumpul di kawasan lapang untuk menjalankan aktiviti senamrobik sebelum memulakan aktiviti membersihkan pantai.

Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat, Kota kinabalu, Sabah.
Aktiviti Wellness (Senamrobik)

Memandangkan Pantai Tanjung Lipat mempunyai keluasan yang agak besar, kami pun bentuklah 4 kumpulan untuk memudahkan dan mempercepatkan lagi sesi membersihkan pantai. Setiap kumpulan ada checkpoint memasing. Nah gambaq untuk tatapan korang sepanjang program berlangsung 😁

Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat, Kota kinabalu, Sabah.
Pembahagian Kumpulan

Post-mortem sebelum menamatkan program V.I.P
Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat, Kota kinabalu, Sabah.
Hasil sampah sarap yang dikutip
Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat, Kota kinabalu, Sabah.
Sesi Mengabadikan Gambar Kenangan πŸ˜‚
Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat, Kota kinabalu, Sabah.
V.I.P #teamborneo
Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat, Kota kinabalu, Sabah.
Makan tengah hari
Tamat saja program V.I.P,  kami semua berkumpul di tempat penginapan lelaki untuk makan tengah hari pula. Usai makan balik pi kondo perempuan then sambung tidoq πŸ˜† Waktu petang tu kami keluar pi melantak seafood. Masa ni Murni memang langgar pantang habis, mana tahan tengok udang sotong semua memanggil-manggil (makannnnnn) πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Maaflah gambar makanan tiada, dah terdelete dalam galeri. Keesokannya harinya kami pulang ke tempat berkhidmat memasing. 

Kesimpulannya, nilai toleransi, kerjasama dan persefahaman dalam kalangan anggota sebelum program berlangsung, sepanjang program dan selepas program menjadi bukti kejayaan bahawa kita juga mampu untuk melaksanakan program yang boleh memberi impak kepada masyarakat walaupun bedepan dengan cabaran-cabaran tertentu. Korang semua memang terbaik terima kasih untuk memori yang tercipta.