Floor Mat Fluffy Dijadikan Sebagai Latar Belakang Untuk Dapatkan Hasil Gambar Yang Cantik | Assalamualaikum & hi readers! Ampun panjang sangat tajuknya 😁 Kalau ikutkan hati, Murni nak update blog dua hari lepas. Disebabkan line slow, nak upload gambaq dan video pun tak boleh terus jadi malas nak mengadap laptop πŸ˜„ Actually barang yang Murni tunggu selama 18 hari dah pun selamat sampai hari Khamis yang lepas. Alah macam biasalah Murni order barang dari Shopee Malaysia, Murni beli seketui floor mat fluffy.

Floor Mat Fluffy

Pembelian kali ni rasa lambat sangat sampainya, sebelum ni just ambil masa 13-14 hari akan received barang. Order barang 28hb, bila Murni check tracking number di website Logistics Worlwide Express, LWE barang dah sampai awal di airport Kota Kinabalu dari Hong Kong, then bila check semula barang diterbangkan pula pi semenanjung 8/9, then patah balik pi Kota Kinabalu 12/9. Maybe ada kesilapan kut, nasib boleh sabar lagi. Hati terus jadi bebunga bila barang dah terima dan memenuhi ekspetasi yang diinginkan 😁

Floor Mat Fluffy

Dah lama Murni cari alas kaki berbulu ni, pernah juga Murni beli sebelum ni di Shopee sayang sungguh tak berapa berkenan pula. Kali ni Murni lebih berhati-hati sebelum proceed order, Murni akan check terlebih dahulu review pembeli dan details produk like size, material dll. 

Tujuan utama Murni beli Floor Mat Fluffy ni sebab nak jadikan sebagai background atau latar belakang untuk dapatkan hasil gambar yang cantik. Sesuai sangatlah ambil gambar produk buh atas tu, sayang pulak nak dijadikan sebagai alas kaki πŸ˜… Harga Floor Mat Fluffy ni pun murah sesuai lah dengan bajet yang Murni dah tetapkan di bawah RM30. Harga seketui RM8.30 plus kos shipping RM10.30 total RM18.60.



Murni pilih warna putih sebabnya sebelum ni Murni ada terbaca kalau nak dapatkan gambar yang cantik dan bersih, kita perlu sediakan background atau latar belakang yang tiada corak atau corak yang minima untuk menyerlahkan lagi bahan utama. Boleh guna table mat, kad manila, kertas mahjong ka. Murni jumpa alas kaki berbulu yang lawa, bolehlah dijadikan sebagai background πŸ˜… saiz floor mat fluffy yang Murni beli ni berukuran 0.5m x 0.8m, besaq jugaklah boleh letak beberapa produk πŸ˜€ Material soft fiber.

Hasil Gambar Menggunakan Floor Mat Fluffy

Floor Mat Fluffy

Gambar indoor waktu senja dengan lighting yang tak seberapa cantik, tapi hasilnya bolehlah haha. Lepas ni senanglah nak buat personal review berkaitan produk kecantikan atau dapat job product review, tak perlu pening² dah cari background yang sesuai.

Akhir sekali, Murni puas hati dengan floor mat fluffy ni, part delivery service tu yang tak berapa suka sebab lambat sampai. Tak apalah yang penting barang dah sampai ke tuan empunya badan. Terima kasih sudi baca personal review dari Murni 😘