Alah Kepada Seafood, Tapi Nak Juga Makan

Alah Kepada Seafood, Tapi Nak Juga Makan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Pejam celik pejam celik tak lama lagi bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. Banyak dugaan dan cabaran yang dilalui sepanjang bulan mulia ni. Moga diri ni diberi kekuatan dan tabah. Dah lama sebenarnya Murni tak menulis tentang personal life di blog, rasa rindu pulak. Almaklumlah tak dak benda best pun nak dikongsikan. Tapi kali ni Murni just nak meluah rasa sedih yang meruntun jiwa haha.

Alah Kepada Seafood, Tapi Nak Juga Makan


Tiga minggu lepas, hari Khamis memang seronok sangat sebabnya kena belanja berbuka puasa, order makanan pun macam dah tak hengat dunia hihi. Terima kasih kak Tini sebab belanja, semoga Allah murahkan rezeki kak Tini sekeluarga. Bila Murni ikutkan sangat keinginan hati nak makan tomyam dan sayur kailan ikan masin, alahan seafood yang dialami memang tolak tepi. But at the end memakan diri sendiri. 

Ni sebahagian menu yang diorder, makanan yang selebihnya nak berbuka baru sampai tak dan nak snap gambar

Keesokan harinya, muka dah naik bintik merah-merah bila basuh muka memang terasa pedihnya. Sah mesti sebab makan tomyam semalam. Rasa macam tak nak pi kerja ja pagi tu, dahlah jumpa ramai orang terpaksa pakai mekap tebal. Memandangkan time tu hari Jumaat, waktu rehat Murni dari jam 11:30 a.m - 2:00 p.m, Murni ambil keputusan nak pi hospital lama tapi sayangnya tutup pula. Then, Murni pun terus jumpa bos maklumkan nak pi klinik panel. 

Kalau nak diikutkan time mengaji dulu, tomyam sememangnya one of my feveret food tau. Boleh dikatakan selalu jugaklah Murni makan tapi tak pernah pun kena alahan yang teruk. Masa di klinik panel tu, doktor ada beritahu kalau ada rasa sesak nafas dan selalu demam means alahan tu memang dah teruk sangat. Nasiblah dua-dua ni Murni tak alami, tapi tetap rasa alahan Murni ni macam dah teruk sangat haha. Merasa jugaklah Murni kena inject sampai empat kali sebab tak jumpa urat. Tak apalah relakan ja nak sembuh cepat kan.

Alah Seafood
Ubat Kurangkan Radang & Ubat Gatal-gatal/Selsema

Kalau ubat-ubat ni memang Murni tak suka makan tambah-tambah kalau terhidu bau dia. Terpaksa juga telan 7 biji time berbuka untuk lima hari berturut-turut. Time bersahur memang tak makan ubat bagi mengelakkan rasa mengantuk. Selepas seminggu, muka dah beransur baik. 

Kata dah tobat tak mau dah makan seafood, then after a few days sekali lagi tewas dengan godaan masakan mak yang sedap hehe mak Murni masak sayur peria campur dengan udang. Lahai mana tak tergoda dahlah Murni memang suka makan sayur peria dengan udang yang membanjiri sayur. Sedap bak hang haha. Alahan Murni datang semula tau dalam minggu ni huhu degil sangat tak nak dengar cakap mak. 

Dah rasa malas nak pi klinik or hospital tak mau dah makan ubat or kena inject trauma kut kena inject sampai 4 kali. Tak suka. Ubat biji yang hari tu memang dah habis, so sekarang ni Murni just guna ubat sapu yang dibekalkan hari tu ja. Kali ni memang tekad dah tak nak makan seafood lagi, kena jaga muka sebab kerja bahagian perkhidmatan memang hari-hari akan jumpa orang. Malas dah nak pakai mekap tebal seinci haha

Ok dah lepaskan rindu nak menulis, tetiba datang rajin update blog. Semoga cepat sembuh sebelum raya hihi. Selamat menjalani ibadah puasa.