Suka Blog Murni

Tuesday, 11 June 2013

Fenomena Corak Tribal

{Assalamualaikum}

Entry kali ni Murni nak kongsi tips untuk pemakaian motif tribal...
Semua sedia maklum, terutamanya  remaja-remaja & juga ibu-ibu di luar sana, trend fesyen masa kini lebih tertumpu kepada motif tribal, bahkan perancang busana juga banyak menggunakan motif tribal untuk menghasilkan karyanya. 

Sedikit perkongsian tentang asal-usul motif tribal ni:
Untuk pengetahuan anda, motif tribal ini sendiri didasari daripada motif etnik yang berasal daripada corak pakaian pelbagai suku di dunia, seperti suku Tibet, India, bahkan Afrika. Hingga saat ini, motif tribal hadir dalam variasi fesyen, seperti baju, seluar, beg, kasut, dan aksesori.

Sekarang Murni beralih pula kepada tips pemakaian motif tribal ni
  1. Kalau nak pakai baju motif tribal, seluar atau skirt mestilah tidak bermotif atau polos
  2. Tribal yang popular dijadikan selendang dan tudung awning
  3. Kalau nak tambah aksesori yang bermotifkan tribal, pilihla aksesori yg bewarna senada dengan motif tribal yang digunakan
  4. Untuk kasut dan sandal, padanan yang tepat iaitu yg bertumit kayu




[Sumber gambar : Google]

#motif tribal sesuai dipakai oleh orang yang menyukai kebebasan dan memiliki kepercayaan diri.

Kredit to DARA FESYEN


Thank You for Reading this Entry =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...